Video Wanita Hampir Menjadi Mangsa Rogol Di Stesen Minyak Machang.
Machang - Seorang wanita hampir menjadi mangsa rogol ketika dia singgah di sebuah tandas di stesen minyak untuk membuang air kecil.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Stesen minyak Shell Batu 30 Machang, Kelantan pada hari Khamis yang lalu dan apa yang lebih mengejutkan ianya berlaku pada siang hari.
Wanita tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan bersama kakak iparnya untuk ke Kuala Lumpur sebelum berhenti rehat di Shell terbabit bagi membeli air minuman untuk bekalan dalam perjalanan serta singgah ke tandas yang berada di Shell terbabit.
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 11.30 pagi ketika mangsa telah memasuki tandas yang terletak di stesen minyak terbabit, pada mulanya mangsa telah terlebih dahulu memeriksa tandas terbabit yang mempunyai 4 pintu semuanya.
Terdapat satu pintu tandas yang terkunci dan itu menandakan bahawa terdapat orang di dalam tandas terbabit dan mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa terus memasuki sebuah salah satu tandas yang terdapat di situ untuk membuang air kecil.
Tetapi ketika mangsa sedang menyangkung bagi membuang air secara tiba-tiba terdapat seorang lelaki yang hanya berbaju tanpa memakai seluar memanjat dari tandas sebelah dan terus sahaja terjun serta menerkam mangsa untuk mencabul serta merogol mangsa.
Lelaki tersebut yang tidak memakai seluar telah mencium, meraba serta cuba merogol mangsa namun mangsa telah bertindak mempertahankan diri dengan menjerit serta meronta-ronta untuk melepaskan diri dan pergelutan terbabit mangsa telah cuba untuk menelefon kakak iparnya itu.
Namun telefon terbabit telah di tepis olah perogol berkenaan, mangsa pula telah menggigit lelaki terbabit dengan sepenuh hati tetapi lelaki terbabit tetap dengan niatnya untuk merogol mangsa.
Mangsa bernasib baik apabila terdapat seorang wanita yang mendengar jeritan mangsa yang pada mulanya menyangka mangsa kena histeria tetapi setelah mendengar jeritan berbunyi 'tolong... perogol' barulah wanita terbabit meminta bantuan daripada orang awam.
Seorang lelaki telah tampil untuk memberikan bantuan terhadap mangsa dan ketika mendengar suara lelaki terbabit perogol terbabit dikatakan menggelabah dan terus panjat semula ke tandas sebelah, mangsa yang ketakutan terus berlari keluar dari tandas tanpa berfikir apa-apa walaupun ketika itu dia hanya menarik seluarnya ala kadar sahaja.
Dengan penuh ketakutan mangsa terus berlari menuju ke kereta dengan keadaan tudung terkoyak manakala telefon dengan cermin mata entah kemana pun dia tidak peduli lagi, tetapi apa yang lebih teruk suspek rogol terbabit keluar dari tandas dengan muka selamba seperti tidak bersalah.
Orang ramai telah mengepung suspek terbabit sementara menunggu pihak polis sampai namun perogol langsung tidak melarikan diri dan dengan muka tidak bersalah siap boleh salahkan mangsa dengan berkata dia tidak berbuat apa-apa dan mangsa sebenarnya tersalah masuk tandas.
Sedangkan pada masa itu boleh kelihatan keadaan mangsa yang betul-betul ketakutan serta mengalami luka-luka serta lebam akibat daripada pergelutan yang berlaku antara mangsa dengan perogol terbabit.
Pihak polis yang sampai di tempat kejadian telah menahan lelaki terbabit dan di bawa ke IPD Machang, suspek telah ditahan di lokap dan pihak polis percaya bahawa lelaki terbabit seorang yang gila seks ataupun ketika kejadian dia berada di bawah pengaruh dadah.
Walau bagaimanapun mangsa telah di bawa ke hospital bagi pemeriksaan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa hanya mengalami luka-luka serta lebam serta mangsa bernasib baik kerana perogol terbabit tidak berjaya merogolnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ulzlVK
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment