Xiaomi Dilaporkan Memesan Skrin OLED Dari Samsung Untuk Peranti Utama 2018
Kos menghasilkan skrin OLED kini setanding dengan skrin LCD. Oleh itu semakin ramai pengeluar menggunakannya pada peranti mereka kerana ia mempunyai kelebihan tidak menggunakan bateri yang tinggi serta paparan lebih hidup. Media Korea Selatan melaporkan Xiaomi telah memesan panel OLED dari Samsung untuk digunakan pada peranti utama 2018 mereka.
Lebih dari sejuta panel OLED sebesar 6″ telah dipesan dan akan diterima pada bulan Disember dengan lebih 2.2 Juta lagi akan dihantar pada bulan seterusnya. Laporan yang sama mengatakan pada asalnya Xiaomi ingin memesan skrin dari LG tetapi kelewatan dalam pembinaan kilang terbaru OLED mereka membuatkan Xiaomi berpindah ke Samsung.
Sebelum ini Xiaomi memesan panel OLED dwi-lengkung dari Samsung untuk digunakan pada Xiaomi Mi Note 2. Peranti utama Mi 6 masih lagi menggunakan LCD. Jika laporan ini tepat, mungkin Mi 7 dan Mi Note 3 tahun hadapan akan mempunyai skrin OLED sepenuhnya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vAfAGE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment