Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Pengawal Keselamatan Pusat Sembelih Ayam Dibunuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Pengawal Keselamatan Pusat Sembelih Ayam Dibunuh


Dua pengawal keselamatan di pusat penyembelihan ayam di Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, Klang, ditemui mati dengan kesan tetakan di beberapa anggota badan, 1 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, kejadian hanya disedari pemilik premis selepas datang ke pusat penyembelihan berkenaan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Syed Mohd Fazrul Syed Mohd Ridhuan, 23, dan Wan Amir Abu Hassan, 48.

"Kedua-dua mangsa ditemui bergelimpangan di dalam bilik yang dikunci daripada luar.

"Mereka dipercayai dibunuh dengan senjata tajam kira-kira dua hari lalu berdasarkan bau busuk yang mula-mula dihidu jiran di premis berkenaan," katanya ketika ditemui di Klang.

Beliau berkata, polis masih mengesan seorang lagi suspek yang bekerja di premis berkenaan namun menghilangkan diri sehingga kini.

"Kedua-dua mangsa tinggal di kawasan berhampiran dan bekerja di sini sejak tiga tahun lalu.

"Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vrSjKd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.