Perkhidmatan Perkongsian Basikal, Ofo Kini Memasuki Malaysia – Ditawarkan Di Melaka
Beberapa bulan yang lepas, kita telah melihat perkhidmatan perkongsian basikal oBike mula ditawarkan di Lembah Klang. Kini, satu lagi jenama perkhidmatan perkongsian basikal baru memasuki pasaran tempatan, iaitu Ofo.
Ofo buat masa ini menawarkan perkhidmatan mereka secara eksperimental di Melaka. Kami gagal menyemak harga penawarannya buat masa ini, tetapi dengan pendaftaran akaun, setiap pengguna diberikan kredit bernilai RM5.
Berbanding penawaran di Lembah Klang, ia lebih masuk akal untuk penawaran perkhidmatan perkongsian basikal ini dilokasi pelancongan seperti Melaka. Pengguna yang ingin berjalan-jaln atau singgah ke pelbagai kawasan bersejarah dengan mudah boleh menggunakannya. Ia juga secara tidak langsung menjadikan Melaka lebih mesra alam dan mengurangkan pencemaran.
Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, Ofo juga dilihat akan bersaing dengan perkhidmatan yang lebih kurang sama yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dinamakan Melaka Bike Share.
Muat-Turun ofo Untuk Android
Muat-Turun ofo Untuk iOS
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvcVCh
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment