Hi! Welcome Back and Stay Tune! Doktor dedah budak baru 15 tahun dah HIV positif, bila ditanya mana belajar dia kata “senang je, cari kat tumblr” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Doktor dedah budak baru 15 tahun dah HIV positif, bila ditanya mana belajar dia kata “senang je, cari kat tumblr”

Sebut sahaja perkataan ‘Tumblr’ kita bukan lagi terbayang ianya adalah satu media sosial seumpama Facebook, Twitter dan beberapa lagi laman media sosial yang terkenal, tetapi ramai akan terbayang ianya sebuah laman web yang menyediakan bahan-bahan pornografi yang terkenal kini.

Bahan-bahan lucah begitu mudah untuk diperolehi daripada laman web ini yang pada mulanya diwujudkan sekadar sebuah media sosial untuk berhubung dengan rakan-rakan.

Penuh video lucah tempatan dan luar negara di laman itu, bahkan, gambar-gambar perempuan bertudung yang memuatnaik gambar dengan berpakaian sedikit ketat menonjolkan aset di laman Facebook pun dicuri dan dimuat naik ke ‘Tumblr’.

Jadi kepada wanita yang selalu upload gambar di Facebook jangan terkejut gambar anda ada di ‘Tumblr’ menjadi bualan kaki seks.

Berdasarkan carian di The Time, negara jiran Indonesia telah pun menyekat laman web berkenaan sejak awal tahun 2016 lagi atas alasan pornografi, namun kita di Malaysia dilihat masih begitu mudah untuk mengakses laman ini yang dilihat merupakan salah satu penyumbang terbesar kepada masalah sosial.

Didedahkan oleh Doktor Nimelesh, kerana pengaruh ‘Tumblr’ ini yang terlalu mudah diakses bahkan dikalangan kanak-kanak bawah umur, seorang remaja lelaki baru berumur 15 tahun adalah salah seorang pesakit baru HIV yang datang berjumpanya.

Jom baca apa yang didedahkan oleh beliau.

Beberapa bulan lepas , saya dapat seorang pesakit kes hiv baru. Budak laki berumur 15 tahun. Pasangan nya – Banyak (multiple sexual partner)

“Adik, umur berapa u start menjalinkan hubungan intim?”

“Umur 11, Doktor”.

“Macam mana u belajar macam mana nak buat benda mcm ini”

“Senang je Dr, senang nak cari bahan bahan kt internet terutamanya tumblr”.

Betul apa yang dia ckp, Anda hanya perlu taip key words dia dalam Google, dan keputusan yang keluar – seperti dalam gambar di bawah.

Betapa senangnya budak zaman sekarang mencari bahan lucah!!

Adik adik saya – yang perempuan, Jangan percaya seseorang lelaki begitu sahaja. Dah banyak kes saya jumpa di mana budak perempuan tu hantar gambar gambar sekali/intim dan menjalankan hubungan intim di atas alasan “cinta”.

Percayalah, lelaki memang suka awek seksi tapi hanya untuk bercouple dan dibawa rempit. Kalau betul dia nak cari seorang untuk dijadikan calon isteri, dia akan pilih yang menutup aurat.

Untuk adik adik laki pula, hentikan lah membuang masa melayan benda benda lucah macam ini. Nanti masa depan awak yang akan hancur sekiranya awak terlanjur. Lebih baik gunakan masa tu untuk belajar dan beribadah.

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; … Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. …” (TQS. Al-Nur [24]: 30-31)

Ibu bapa, seperti yang saya beritahu- tolong aktifkan tapisan internet untuk anak anak kecil anda- kerana mereka masih tidak faham apa yang mereka lihat/tonton

Tolong report laman web sebegini ke MCMC supaya tindakan dapat diambil!

P.S : Untuk yang dah tua dan “matang” tapi masih melayan benda benda macam ini- kalau nak sangat tengok perempuan seksi- beli lah pakaian seksi , suruh isteri awak pakai di rumah! Ini isteri di rumah pakai kain pelikat! ~
————————————————————————————————————————-

Semoga laman ‘Tumblr’ ini diharamkan terus di Malaysia demi mengurangkan masalah sosial dikalangan remaja yang bakal memimpin negara di masa hadapan.

 

Sumber: Siakapkeli



Sumber Doktor dedah budak baru 15 tahun dah HIV positif, bila ditanya mana belajar dia kata “senang je, cari kat tumblr”

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvFdws

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.