Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPIM dedah penjawat awam boleh jual maklumat kepada ahlong, sesetengah mereka daripada kastam dan jpj - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPIM dedah penjawat awam boleh jual maklumat kepada ahlong, sesetengah mereka daripada kastam dan jpj

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) perlu mengambil tindakan agresif bagi mengelak penjawat awam mengancam kedaulatan negara.

Nadzim berkata membawa kes ke mahkamah perlu menggunakan wang yang banyak dan tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat. ― Foto-foto oleh Choo Choy May

Ketua aktivisnya berkata penjawat awam yang terlibat dengan pelbagai masalah kewangan berpotensi menjadi dalang kegiatan jenayah dalam negara.

“Kita bimbang mereka ini penjawat awam. Sesetengah mereka daripada kastam dan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Bila mereka pinjam ah long kemudian tidak mampu bayar, ah long boleh minta apa sahaja contohnya maklumat sulit.

“Jadi mereka [penjawat awam] boleh jual maklumat tersebut. Kita tidak mahu ada penjawat awam yang sebegini.

“Ah long boleh kata tidak perlu bayar tetapi berikan mereka apa yang mereka mahu,” kata Datuk Nadzim Johan dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

PPIM antara badan bukan kerajaan (NGO) yang giat menyelesaikan kemelut pinjaman wang mengenakan kadar faedah tinggi.

 

Dengan tertubuhnya Unit Tindakan Khas (UTK) di bawah pimpinan Yusuf Azmi, NGO ini mampu bergerak ke akar umbi bagi menyelesaikan masalah pengguna.

UTK minggu lalu berjaya menyelesaikan kemelut pajakan kereta dan kini memperjuangkan nasib 15 pengusaha stesen minyak yang bakal gulung tikar.

Nadzim berkata walaupun tindakan PPIM tidak direstui pihak tertentu namun nasib pengguna yang tertindas perlu ditegakkan.

“Kami mahu menghantar isyarat kepada pihak tertentu, jangan menipu kerana tidak berbaloi.

“Kami boleh lakukan apa sahaja. Berunding dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Baitulmal. Kami gunakan strategi Lautan Biru.

“Sesetengah masalah itu boleh diselesaikan dengan satu panggilan telefon, jadi tidaklah berat mana,” katanya.

Ditanya mengapa PPIM enggan menggunakan jalan perundangan yang betul seperti memfailkan kes di mahkamah, Nadzim berkata banyak sumber perlu digunakan.

Katanya, membawa kes ke mahkamah perlu menggunakan wang yang banyak dan tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat.

“Seperti kes rumah lelong, jika mahu mendapatkan peguam, bukan mudah. Bayar RM10,000 untuk buka fail. Apatah lagi jika kes itu gagal diselesaikan.

“Bertahun-tahun belum tentu selesai. Belanjanya pun cukup besar. Jadi kami perlu cari jalan penyelesaian yang kreatif,” katanya.

Sumber: Projek MMO



Sumber PPIM dedah penjawat awam boleh jual maklumat kepada ahlong, sesetengah mereka daripada kastam dan jpj

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woqrnM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.