Hi! Welcome Back and Stay Tune! KUTTY’ SAMA ‘KUTTY’ BERBAHAS, DEWAN PUN GAMAT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KUTTY’ SAMA ‘KUTTY’ BERBAHAS, DEWAN PUN GAMAT

Ada lawak jenaka tentang Kutty di dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, dan ia dilakukan secara terbuka.

Ia berlak ketika sesi soal jawab di awal sidang apabila Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bercakap tentang kesan rombongan kemanusiaan Malaysia untuk masyarakat Rohingya pada Februari lalu.

Sebelum itu Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mengemukakan soalan mengenai langkah kerajaan bagi membantu etnik beragama Islam di Myanmar itu.

Kata Abdul Azeez, kerajaan perlu melipatgadakan usaha yang sebelu ini digerakkan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi membela nasib masyarakat terbabit.

“We have to walk the talk (Kita kena buat apa yang dikata), ikutlah kita pergi (ke sana).

“Seputeh (Teresa Kok-DAP) jangan bising dalam dewan saja, mari ikut.

“(Ikut) contoh macam PAS, 100 pemimpin (mereka) ikut (rombongan dulu),

“Lepas itu saya minta Pakatan Harapan (ikut sama), yang mana Kutty, tak Kutty – semua sekali – ikut pergi sana untuk beri bantuan,” katanya.

Ekoran ‘soalan’ Abdul Azeez itu, Reezal Merican kemudian berkata: “Panjang sungguh soalan dia, macam itulah kalau mamak bertanya soalan”.

Kenyataan itu disambut dengan ketawa anggota dewan.

Kemudian Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mencelah: “Yang menjawab pun sama, sekapal saja!”

Namun ia mendapat reaksi segera daripada Reezal Merican.

“Yang jawab ini kasta tinggi sikit,” katanya.

Isu nama Kutty masih hangat diperkatakan selepas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad – yang kini menjadi seteru ketat Umno – mempunyai darah keturunan India.

Ahmad Zahid membuat pendedahan itu ketika merasmikan satu mesyuarat Umno bahagian pada Ahad lalu.

Pada awal Februari lalu 500 tan bekalan makanan dan keperluan bernilai RM5 juta diserahkan kepada kerajaan Myanmar untuk diagih-agihkan kepada etnik Rohingya di negeri Rakhine.

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pihaknya akan memastikan bekalan itu diterima oleh komuniti Rohingya di Myanmar.

Abdul Azeez adalah ketua misi kemanusiaan Food Flotilla for Myanmar itu.

Rombongan berkenaan turut disertai beberapa anggota dan pemimpin PAS.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1BXpJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.