Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online Yang Gagal Papar Harga Barang Dijual - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Lagi Istilah "PM Jika Berminat", KPDNKK Akan Buru Peniaga Online Yang Gagal Papar Harga Barang Dijual


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan hari ini memberi amaran kepada peniaga atas talian dan mana-mana web perniagaan supaya memaparkan harga barangan yang dijual dan maklumat produk dengan jelas seperti apa yang pengguna ingin tahu, lapor NST.

Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata tindakan ini adalah bagi melindungi hak pengguna Selain undang-undang sedia ada memaksa untuk peniaga meletakkan harga dan maklumat barangan sebelum transaksi dilakukan.

Penguatkuasa KPDNKK akan memburu mereka yang mengiklankan produk di atas talian tetapi tidak meletakkan tanda harga barang dijual samaada sengaja atau tidak.

Penggunaan frasa "PM saya, sis", "Done PM" adalah antara kata kunci yang membuatkan penguatkuasa dapat mengesan kepada peniaga gagal memaparkan tanda harga.

Peniaga atas talian kini akan diperhatikan sama seperti yang dilakukan kepada peniaga konvesional yang lain dan hukuman akan dikenakan jika didapati melakukan kesalahan.

Peniaga perlu mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999 dengan perlu memaparkan maklumat seperti berikut:

*Harga perlu dibayar
*Nama penjual atau syarikat
*Nombor Pendaftaran Perniagaan
*Maklumat untuk dihubungi seperti nombor telefon atau alamat atau emel
*Keterangan produk
*Kaedah pembayaran
*Terma dan syarat
*Anggaran masa penghantaran

Individu yang gagal mematuhi lapan ketetapan yang disenaraikan oleh kementerian ini boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

"Kami menguatkuasakan undang-undang ini setelah sekian lama memberi kelonggaran kepada peniaga untuk menyesuaikan diri"

"Kami mahu pengguna dilindungi dengan lebih baik dan hak mereka mesti dilindungi dan mereka mesti dapat membuat keputusan pembelian selepas mendapat segala dengan maklumat yang dipaparkan termasuk caj tersembunyi."

"Jadi, jika seseorang menjual kucing, sebagai contoh, dia mesti memaparkan harga yang mahu dijual dan tidak lagi berkata PM jika berminat."

"Kami tidak mempunyai masalah dengan peniaga e-dagang yang lain seperti Zalora atau Lazada kerana mereka masih patuh kepada undang-undang yang ditetapkan." kata Roslan.

Beliau juga menyatakan sudah lama masa diberikan, sekarang semua peniaga atas talian perlu memaparkan tanda harga.

Roslan menggesa orang ramai supaya memberi bekerjasama dengan kementerian untuk memastikan para peniaga mematuhi undang-undang yang ditetapkan, jika ada terus hubungi bahagian penguatkuasaan di talian 1-800-886-800. 

SUMBER: New Straits Times via Siakapkeli


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2v1wXkB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.