3 Soalan Penting Yang Anda Harus Tanya Untuk Pikat Pelanggan
Mungkin anda sudah ada produk yang bagus, modal yang besar, komitmen dan impian yang bagus.
Tetapi anda tidak pernah ada pengalaman menjual sebelum ini. Baik sebagai usahawan ataupun jurujual yang baru nak bermula, pelajari 3 soalan asas yang anda harus tanyakan kepada pelanggan anda.
Jika anda tidak pernah mencubanya, cubakan ajukan soalan ini kepada pelanggan anda dan lihatlah hasilnya.
#1-Apa Yang Cik/Puan/Tuan Fikir Mengenai Produk Ini?
Jangan terus hampiri pelanggan dengan desakan harga promosi dan sebagainya. Cuba fahami yang kemungkinan pelangga kita ada dilema yang tersendiri.
Apa yang berlaku sebelum mereka mendapatkan anda? Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mereka? Apakah penyebab mereka berminat untuk melihat dan membelek produk atau servis anda?
Apakah masalah mereka yang memerlukan mereka untuk membeli produk anda?
Semua soalan ini anda boleh dapati jawapannya dengan hanya satu soalan. Apa yang Cik/Puan/Tuan fikir mengenai produk ini?
Mungkin setiap pelanggan akan berikan jawapan yang berbeza namun daripada sini anda boleh fahami corak pemikiran pelanggan anda.
Jangan hanya terhenti di situ. Tanya lagi soalan susulan seperti “Kenapa cik/puan/tuan rasa seperti itu?”. Anda akan mula faham pelanggan anda dengan lebih jelas sebelum buat closing.
Jawapan mereka akan pandu anda bagaimana nak pujuk pelanggan untuk membeli semasa closing.
#2- “Apakah Perasaan Cik/Puan/Tuan Jika Produk Ini Boleh Selesaikan Masalah Anda?”
Melalui soalan pertama,anda seharusnya sudah mengetahui apa masalah atau dilema yang prospek itu jika ada.
Anda sepatutnya sudah faham yang apa yang menghalang pelanggan daripada membeli.
Soalan kedua ini adalah cubaan untuk menarik semula perhatian prospek atau pelanggan untuk berfikir semula dan mempertimbangkan untuk membeli.
Apabila pelanggan berkongsi masalah atau perancangan masa hadapan anda dengan mereka maka sebenarnya anda telah ada ikatan emosi dengan mereka.
Sebenarnya juga ,anda telah bantu mereka sedar dan jelas dengan keperluan mereka untuk membeli barangan anda. Mungkin juga mereka tidak akan beli kerana mereka sedar itu bukan keperluan tetapi kehendak yang kurang penting.
Tidak mengapa, teruskan beri layanan yang baik kepada mereka. Ucapkan juga semoga mereka berjaya selesaikan masalah yang mereka maklumkan sebentar tadi walaupun mereka tidak membeli solusi yang anda tawarkan.
Hal ini kerana mungkin mereka bukan pelanggan kita sekarang akan tetapi mereka ada potensi yang besar untuk jadi pelanggan kita pada masa akan datang dan ini yang kita mahukan.
Jika produk atau servis atau apa sahaja solusi yang anda tawarkan betul-betul bagus ditambah dengan layanan tip-top yang anda berikan, pasti mereka akan cari anda lagi kelak.
Paling tidak, mereka sarankan anda kepada kenalan rapat mereka. Ini adalah promosi percuma. Jadi, sentiasa berikan layanan terbaik untuk semua prospek anda, jangan lupa kongsikan nilai dan faedah produk termasuk terma-terma yang harus mereka tahu.
Apabila mereka faham dengan baik, lain kali apabila mereka sudah berkeputusan untuk beli, tiada lagi rasa ragu-ragu yang tinggal.
#3-“Boleh Biarkan Tunjukkan Caranya/Boleh Saya Jelaskan Dengan Lebih Lanjut?”
Anda sudah tahu masalah mereka. Anda sudah tahu mengenai pendapat mereka jika mereka dapat menyelesaikan masalah mereka. Langkah ketiga adalah anda jelaskan mengenai proses pembelian.
Jangan sukarkan pelanggan dengan penerangan yang kompleks. Jadikan ia ringkas dan menarik.
Perkara yang paling penting mereka tahu adalah harga, harga selepas diskaun (kalau ada), cara pembayaran boleh dilakukan, jaminan kualiti produk, cara dan tempoh penghantaran, jaminan ‘warranty’ dan sebagainya.
Pastikan berikan resit dan periksa barang terbut sebelum dijual. Ini kerana kualiti barangan sekarang menentukan jualan kuantiti pada masa hadapan.
Buat sales bukan mudah apatah jika tiada ilmu dan pengalaman akan tetapi daripada 3 soalan inilah anda akan belajar bagaimana untuk melayan pelanggan dan closing dengan lebih baik. Mula praktikkan dari sekarang.
Sumber 3 Soalan Penting Yang Anda Harus Tanya Untuk Pikat Pelanggan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wkgoAS
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment