Hi! Welcome Back and Stay Tune! 7 Jemaah Haji 'Cedera' Selepas Tren Berhenti Secara Tiba-Tiba - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

7 Jemaah Haji 'Cedera' Selepas Tren Berhenti Secara Tiba-Tiba


MAKKAH: Tujuh jemaah haji 'cedera' selepas tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro - Southern Line (MMMSL) dinaiki mereka, yang bergerak pada kelajuan 120 kilometer sejam, berhenti secara tiba-tiba akibat masalah teknikal semalam.

Insiden berlaku kira-kira jam 10.30 pagi (waktu tempatan) ketika tren berkenaan yang dalam perjalanan dari Stesen Arafah 3 ke Stesen Mudazalifah 1, di sini tiba-tiba mengalami gangguan bekalan kuasa, sekali gus menjejaskan operasinya.

Ia turut mencetuskan panik dalam kalangan jemaah haji lain, namun situasi cemas berkenaan berjaya dikendalikan kumpulan petugas Syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) selaku operator tren metro paling sibuk dan padat di dunia itu.

Tempoh 10 minit diambil petugas terbabit bersama pasukan keselamatan dan kecemasan Arab Saudi, termasuk unit paramedik yang dihantar ke lokasi kejadian menggunakan tren sokongan dari Depoh MMMSL, Al-Abdiya sebelum dikejarkan ke hospital melalui stesen berhampiran.

Malah, proses memindahkan penumpang juga  berjaya dilakukan dalam tempoh singkat bertujuan  mengelak sebarang risiko yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Keadaan kembali meruncing apabila stesen pemindahan terbakar sebelum lapan jentera, masing-masing dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Makkah serta Jabatan Pertahanan Awam Arab Saudi  dikejarkan ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden kebakaran itu, kecuali dua jemaah yang mengalami sesak nafas.

Ia sebahagian daripada situasi cemas dalam Simulasi Protokol Tindakan Kecemasan (ERP) dilaksanakan Prasarana, khusus bagi memperkukuhkan persediaan menghadapi kemuncak musim haji kali ini.

Pengarah Operasi MMMSL, Burhanordin Ismail, yang mengetuai eksais itu menjelaskan stimulasi berkenaan adalah yang ke-21 sejak persiapan musim haji tahun ini dilakukan pada Julai tahun lalu.

Beliau menjelaskan simulasi itu penting mengukur tahap kecekapan kumpulan petugas, termasuk pasukan penyelamat mengendalikan krisis, terutama pada waktu puncak, selain mengenalpasti kekangan berkaitan.

"Ini juga sebahahagian daripada prosedur ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi membolehkan Sijil Keselamatan (SC) dikeluarkan bertujuan membenarkan tren beroperasi.

"Ia juga seiring dengan peningkatan jumlah penumpang bakal dibawa bagi musim haji kali ini yang mencecah 350,000 jemaah untuk berulang alik  antara Arafah, Mudzalifah dan Mina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia selepas meninjau simulasi berkenaan di Stesen Mina 1, di sini semalam yang turut membabitkan operasi bersepadu pasukan keselamatan dan kecemasan Arab Saudi.

Burhanordin berkata, tren berkenaan memiliki kapasiti penumpang lebih dari jumlah dinyatakan, namun terpaksa dihadkan atas faktor keselamatan dan keselesaan jemaah.

"Dalam mengendalikan situasi krisis, tempoh tindakan diambil amat penting, terutama keberadaan anggota penyelamat di lokasi kejadian.

"Ini bagi mengelak keadaan menjadi lebih rumit sehingga menjejaskan keseluruhan operasi tren," katanya sambil memaklumkan simulasi turut dipantau Lembaga Pembangunan Wilayah Makkah (MRDA) dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Arab Saudi (PTA).-Berita Harian




✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vcCI2s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.