Laungan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara’ gegar Shah Alam
SEMANGAT kesukanan tinggi ditunjukkan penyokong Indonesia sekali gus mengetepikan isu cetakan buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
Hari ini semuanya terjawab apabila kumpulan sukarelawan yang bertugas di Stadium Shah Alam sempena perlawanan bola sepak antara Indonesia bertemu Kemboja dalam kumpulan B.
Dianggarkan kira-kira 20 orang penyokong Indonesia bersama-sama petugas bersama-sama melaungkan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara!’
Ia lantas membuktikan bahawa isu cetakan gambar bendera itu tidak mencetuskan suasana yang tidak harmoni tetapi menunjukkan wujudnya persaudaraan serumpun yang murni.
Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memohon maaf kepada rakan sejawatannya dari Indonesia atas kesilapan tidak disengajakan yang berlaku berhubung bendera Indonesia di dalam sebuah buku panduan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Permohonan maaf itu disambut baik, Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam Nahrawi .
Dalam buku panduan KL2017, bendera Indonesia dicetak terbalik.
Dalam pada itu, Jawatankuasa penganjur Malaysia Sukan SEA 017 (MASOC) dalam kenyataannya memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan tidak disengajakan itu.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Laungan ‘Malaysia-Indonesia bersaudara’ gegar Shah Alam
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vvink8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment