Hi! Welcome Back and Stay Tune! Prapelepasan Jemaah Haji: Model Malaysia Dicontohi Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Prapelepasan Jemaah Haji: Model Malaysia Dicontohi Dunia


MEKAH - Inovasi yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi dalam melaksanakan program prapelepasan jemaah haji (preclearance) di Kuala Lumpur merupakan inisiatif yang ditunggu masyarakat Islam seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Ini kerana, kaedah itu dapat mempercepatkan pemeriksaan di kaunter penerimaan pelawat Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah khususnya dalam musim haji.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia adalah inovasi yang baik dan wajar seluruh dunia memberikan pujian dan pengiktirafan pula kepada kerajaan Arab Saudi.

Tambah beliau, adalah diharap model Malaysia ini akan menjadi contoh kepada negara seluruh dunia dan mengharap inisiatif dan inovasi kerajaan Arab Saudi itu diteruskan dalam musim haji akan datang.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi kerana memilih Malaysia sebagai negara perintis dalam program prapelepasan ini untuk jemaah haji.

"Hasilnya pada semalam kumpulan jemaah haji dalam program perintis itu, diberikan laluan khas mudah tanpa pemeriksaan, yang nyata mengambil masa begitu singkat di lapangan terbang berkenaan," katanya kepada wartawan Malaysia di bangunan maktab penginapan Awttad Makkah Hotel, Mekah di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan beberapa pengarah operasi haji. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wuDXJZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.