Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cubaan Burukkan Kementerian Pendidikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cubaan Burukkan Kementerian Pendidikan


KULIM - Kementerian Pendidikan melahirkan rasa kesal dengan tularnya sebuah buku kerja Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan yang tidak memasukkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Keempat.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan dilakukan oleh pihak berkenaan adalah tidak profesional dan sengaja ingin mencemarkan imej kementerian sebagai sebuah institusi pendidikan negara.

Katanya, ada pihak seolah-olah cuba membangkitkan isu politik dan perkara ini tidak adil bagi pegawai-pegawai yang bertungkus-lumus berkerja untuk kementerian.

"Ini satu kerja tidak bertanggungjawab, saya minta polis menjalankan siasatan dan laporan mengenainya dibuat bagi memudahkan pihak berkenaan membuat siasatan itu terhadap syarikat pengeluar buku berkenaan.

"Ini salah satu cubaan hendak burukkan kementerian. Jika buku itu dikeluarkan oleh pihak kementerian, kita mempunyai jawatankuasa semakan, ditapis dulu, termasuk hal-hal berkaitan sejarah negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Padang Serai di Kulim Golf Country Resort Hi-Tech Kulim di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya berharap siasatan akan dilakukan bagi membersihkan nama kementerian.

Dalam perkembangan lain, Mahdzir turut mengunjungi kediaman seorang pelajar Malaysia yang mengharumkan nama negara setelah menjuarai anugerah 'Best Speaker', 'Best Position Paper' dan "Most Improved Delegate Award".

R. Prevena, 16, dari Kulim membanggakan negara selepas memenangi anugerah itu dalam Persidangan Model Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Amerika Syarikat, Julai lepas.-UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wEn3Jk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.