Hi! Welcome Back and Stay Tune! BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Sukan SEA


KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena Sukan Asia Tenggara (SEA) Ke-29 dan Sukan Para ASEAN Ke-9.

Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata, duit syiling yang dikeluarkan pada 16 Ogos itu terdiri daripada duit syiling perak berwarna pruf, duit syiling peringatan emas Nordic serta set duit syiling dua dalam satu.

Bank pusat itu berkata, berdasarkan maklum balas orang ramai dan bagi memastikan peluang yang sama untuk semua orang membeli duit syiling edisi terhad ini, pembelian akan dihadkan, iaitu satu set dua dalam satu, satu duit syiling perak dan tiga duit syiling emas Nordic bagi setiap pembeli.

"Bagi memudahkan pembelian, orang ramai boleh membuat tempahan melalui e-mel kepada commorder@bnm.gov.my atau melalui borang tempahan yang boleh didapati di Muzium dan Galeri Seni BNM dan pejabat BNM di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu," katanya.

Tempahan boleh dibuat mulai 29 Ogos 2017 hingga 1.00 petang pada 5 September 2017.

"Jika tempatan lebih daripada kuantiti jualan, proses undian akan diadakan. Keputusannya akan diumum pada 8 September 2017 di www.bnm.gov.my dan di Muzium dan Galeri Seni BNM serta pejabat BNM di seluruh negara," katanya.

Pembeli yang berjaya boleh membayar dan mengambil duit syiling mereka mulai 8 hingga 12 September 2017 di Muzium dan Galeri Seni BNM, setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum dan di pejabat bank tersebut di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu (hari bekerja).

Pembeli perlu hadir sendiri dan menunjukkan bukti pengenalan diri yang sah untuk mengambil duit syiling berkenaan.

Untuk maklumat lanjut mereka boleh hubungi 1-300- 88-5465 (1-300- 88-LINK) atau bnmtelelink@bnm.gov.my. - BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w47U2u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.