Shalin Zulkifli Terus Menyinar, Malaysia Raih 67 Emas
KUALA LUMPUR - Ikon boling negara Shalin Zulkifli menguasai Masters wanita dengan menghadiahkan emas buat negara, dalam pertarungan yang penuh mendebarkan ketika Malaysia meneruskan momentum, menduduki carta teratas dengan 67 pingat pada temasya Sukan SEA ke-29, setakat petang ini.
Veteran berusia 39 tahun itu, menggunakan pengalamannya untuk mengalahkan pemain boling Indonesia, Tanya Roumimper 223-222 bagi emas ketiganya dalam temasya ini yang mendapat sokongan gemuruh daripada penyokong di Sunway Megalanes selepas Malaysia memenangi dua lagi emas dalam acara boling padang dan silat.
Dalam carta pungutan pingat, Vietnam kekal di tempat kedua keseluruhan dengan 41 emas, mendahului dengan lima pingat mengatasi Singapura. Juara keseluruhan 2015, Thailand di tempat keempat dengan 31, diikuti Indonesia 19, Filipina 15, Myanamar enam dan Kemboja satu.
Pasukan negara menguasai acara triples lelaki dan wanita menewaskan Brunei 19-9 dan Filipina 19-11 untuk merangkul tiga daripada empat emas yang dipertaruhkan sejak semalam dan Malaysia ialah pasukan pilihan untuk acara pairs dan singles selepas ini.
Pesilat negara, Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan memenangi emas acara ganda wanita dan Singapura meraih perak manakala gangsa milik Indonesia. Malaysia turut muncul juara ganda lelaki semalam.
Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia ( MASOC) mengumumkan perubahan venue acara silat dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Stadium Juara yang berkapasiti 3,000 untuk menampung peminat sukan itu yang ramai, menawarkan 20 pingat emas, ketiga tertinggi selepas olahraga dan renang.
Pada hari penentuan acara olahraga, jaguh pecut Vietnam Le Tu Chinh melengkapkan tiga emas apabila mengetuai pasukannya merangkul emas acara 4x100m selepas menyapu bersih emas acara pecut.
Malaysia sekadar berada di kedudukan keempat dalam acara 4x400m lari berganti-ganti lelaki dan wanita, namun kuartet lelaki berjaya memecahkan rekod kebangsaan dengan catatan 39.27s di sebalik ketiadaan pemenang emas 100m, Khairul Hafiz Jantan yang mengalami kecederaan hamstring.
Dua lagi emas diraih dalam acara lompat tinggi wanita yang berakhir semalam, dengan ketiga-tiga atlet berkesudahan merekodkan lompatan setinggi 1.83m.
Dalam keputusan yang diumumkan hari ini, atlet Vietnam Duong Thi Viet An dan Singapura Michelle Sng berkongsi pingat emas dan perak dirangkul atlent negara, Yeap Sean Yee berdasarkan kiraan semula.
Ini merupakan kali kedua emas berganda ditawarkan dalam temasya ini. Acara final gelang roman gimnastik artistik juga mempunyai dua pemenang yang mempunyai mata yang sama, iaitu dua gimnas Malaysia, Tan Fu Jie dan Jeremiah Loo.
Sebanyak 51 lagi emas menjadi buruan esok yang akan menyaksikan persaingan sengit dalam acara renang, olahraga, bola keranjang, golf, menembak, ping pong dan tenis. - BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xiDtEx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment