Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jangan Cemari Sukan SEA Dengan Pergaduhan Penyokong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jangan Cemari Sukan SEA Dengan Pergaduhan Penyokong


SEREMBAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menggesa semua pihak terutamanya rakyat Malaysia tidak mencetuskan sebarang masalah hingga mencalarkan imej negara sepanjang Sukan SEA ke-29 (KL2017) yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, para penonton yang hadir pada mana-mana venue perlu menikmati pengalaman temasya sukan itu dengan memberi sokongan dan kata-kata perangsang kepada pasukan negara atas semangat kesukanan tinggi.

"Semua rakyat sama-sama menikmati Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dengan baik. Usah dicemari dengan pergaduhan, mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menyebabkan pihak lain tidak senang hati," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Jelasnya, insiden dua penyokong Myanmar cedera parah dibelasah dipercayai oleh sekumpulan lelaki selepas menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Myanmar pada Isnin lalu tidak sepatutnya berlaku.

Tambahnya, insiden tersebut boleh dibendung daripada awal jika semua pihak memiliki semangat kesukanan yang tinggi.

"Di mana semangat kesukanan kita. Perlakuan tersebut seolah-olah berada di zaman batu. Ini (perlawanan bola sepak) adalah permainan untuk setiap orang berseronok.

"Kita bersorak, berteriak itu untuk memberi sokongan kepada pasukan masing-masing tetapi kenapa ia dibawa keluar sehingga hendak bertumbuk dan sebagainya," katanya. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2waerY5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.