Hi! Welcome Back and Stay Tune! KL2017: Yu Fang Tarik Diri Acara Terakhir Ekoran Kecederaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KL2017: Yu Fang Tarik Diri Acara Terakhir Ekoran Kecederaan


KUALA LUMPUR - Atlet veteran olahraga, Yuan Yu Fang terpaksa menarik diri untuk acara kedua dan terakhirnya hari ini di Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017(KL2017) disebabkan kecederaan otot.

Ketua Jurulatih Olahraga Negara, Zainal Abbas berkata atlet itu yang sepatutnya membuat penampilan semula selepas 10 tahun tidak beraksi di kejohanan itu, mengalami kecederaan sejak sebelum acara pertamanya lagi iaitu 10,000 meter jalan kaki wanita, dua hari lepas.

"Kecederaan hamstring... beliau cedera sebelumnya lagi tetapi berkeras untuk menyertai acara jalan kaki (acara pertama)," katanya kepada Bernama.

Yu Fang, 41, yang kali terakhir bertanding di temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara di Korat pada 2007 itu sepatutnya bertanding dalam acara keduanya hari ini iaitu acara 5,000m.

Acara itu yang berjalan tanpa saingan daripada wakil negara, menyaksikan pelari Vietnam, Nguyen Thi Oanh dan Pham Thi Hue masing-masing memenangi pingat emas dan perak, manakala juara edisi lalu, Triyaningsih daripada Indonesia meraih gangsa.

Yu Fang yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara 10,000m jalan kaki dengan catatan 45:22.05s yang dicipta pada edisi Brunei tahun 1999 itu merupakan atlet jalan kaki negara terakhir memenangi emas, sebelum Elena Goh Ling Yin menamatkan kemarau emas negara pada temasya kali ini.

Beliau juga telah mencatatkan senarai pencapaian yang banyak dalam Sukan SEA dengan memenangi lima pingat emas iaitu dalam acara 10,000m jalan kaki di Brunei (1999) dan 20km jalan kaki di KL (2001), Vietnam (2003), Manila (2005) dan Korat (2007).

Sementara itu sukan olahraga KL2017 yang masuk hari kelima turut menyaksikan pingat emas acara rejam lembing lelaki dipertahan oleh juara edisi lepas Peerachet Jantra daripada Thailand, Abd Hafiz daripada Indonesia (perak) dan Melvin Calano daripada Filipina (gangsa).

Sementara acara lompat jauh wanita, menyaksikan Bui Thi Thu Thao daripada Vietnam meraih pingat emas, Maria Natalia Londa daripada Indonesia (perak) dan Marestella Sunang daripada Filipina (gangsa).

Atlet negara bagi acara rejam lembing lelaki Mohd Bakri Hamid dan acara lompat jauh wanita Noor Shahidatun Nadia Zuki serta R.Kirthana gagal menyerlah pada saingan masing-masing.

- BERNAMA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2waVBzO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.