Malaysia Perbaharui Rekod Kebangsaan 4x100 Meter
KUALA LUMPUR - Kuartet 4x100 meter lelaki negara berjaya memecahkan rekod kebangsaan dalam Sukan SEA Ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi, dengan catatan masa 39.27 saat.
Catatan masa itu mengatasi rekod sebelum ini, 39.62 saat yang dilakukan pada Julai lalu di Kejohanan Olahraga Terbuka Vietnam.
Kuartet negara, bagaimanapun, menamatkan saingan hari ini di tempat keempat.
Emas dirangkul oleh kuartet Thailand yang turut memperbaharui rekod temasya dengan catatan 38.90 saat berbanding rekod yang dipegang oleh mereka sendiri, 38.95 saat.
Terdahulu, rekod temasya dalam acara 4x100 meter wanita turut dipecahkan oleh pelari Vietnam dengan catatan masa 43.88 saat.
Catatan itu memperbaharui rekod sebelum ini milik Thailand 44.00 saat yang dibuat pada tahun 2013.
Kuartet negara menamatkan saingan dalam acara itu di tempat kelima. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gbsHeZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment