Kekurangan Paderi Menyebabkan Robot Membaca Doa Ketika Upacara Pengebumian Dihasilkan Di Jepun
Setiap insan pasti akan merasai maut. Ini ialah janji Allah yang tidak boleh dielakkan oleh manusia. Selepas meninggal tugas golongan agama menguruskan jenazah. Di Jepun jumlah paderi semakin berkurangan kerana kekurangan dana. Ramai terpaksa mengambil dua kerja bagi menanggung perbelanjaan. Oleh itu ini menimbulkan masalah apabila berlakunya kematian.
Oleh itu sebuah robot yang mampu menguruskan upacara kematian telah dihasilkan di Jepun. Robot Pepper keluaran Softbank telah diprogramkan semula bagi menguruskan kematian penganut Buddha. Ia boleh membaca Sutra dan mengetuk dram kayu yang biasanya dilakukan oleh paderi manusia.
Robot ini diperlihatkan di Life Ending Industry Expo yang berlangsung di Jepun minggu lalu. Kelebihan lain robot ini ialah kos menyewanya untuk acara pengebumian hanya ¥ 50.000 (~RM 1947) berbanding ¥240,000 (~RM 9347) untuk membayar paderi manusia. Adakah anda sanggup jenazah anda diuruskan oleh robot?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ggpL12
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment