Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Buka Mulut...Afifah Nasir Jelaskan Isu ‘Kacau’ Rumah Tangga Aliff Aziz Dan Bella Astillah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Buka Mulut...Afifah Nasir Jelaskan Isu ‘Kacau’ Rumah Tangga Aliff Aziz Dan Bella Astillah


SETELAH lama berdiam diri, pelakon Afifah Nasir akhirnya ‘buka mulut’ perihal isu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dan isterinya, Bella Astillah, pagi Isnin.

Afifah hadir di pejabat peguam yang dilantiknya iaitu Ruben & Co Advocates & Solicitors dengan ditemani kakaknya Mia Nasir, rakan pelakon Allana Amir dan teman lelaki, Wan Ariff.

Kata Afifah, 24, punca dia tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini adalah di atas nasihat peguamnya.

“Saya dinasihatkan oleh peguam saya agar berdiam diri kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Kalau difikirkan sendiri, kalau saya melawan semasa isu ini sedang hangat, tiada apa yang akan selesai.

“Jika pihak mereka dan pihak saya saling berbalas ‘serangan’ dengan bukti-bukti yang masing simpan, sampai bila-bila pun benda tak habis. Jadi saya mengambil keputusan untuk hanya berdiam diri,” jelas Afifah yang turut ditemani oleh peguamnya.

Katanya lagi, dia terpaksa bertahan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sebelum ini meskipun teruk dikecam orang ramai kerana berpendapat melawan balik adalah sesuatu yang sia-sia.

“Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa. Namun, saya rasa tidak adil kerana saya dihina oleh masyarakat berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja.

“Saya akui kesilapan saya dan sudah pun meminta maaf. Saya sendiri berasa tertekan kerana saya dicemuh begitu teruk sekali, namun saya harus positif menjalani kehidupan seperti biasa.”

Pelakon Izinkan Aku Mencintaimu itu turut mengatakan dia mahu kontroversi ini berakhir dan menyuarakan keinginan untuk berbaik semula dengan pihak Aliff dan juga Bella.

Sekadar mengimbas kembali, Afifah dan Aliff dikecam selepas ‘kantoi’ berdua-duaan di dalam sebuah bilik sebuah pusat karaoke di One Shamelin, Cheras.

Pada kejadian 27 Julai lalu, Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff bertindak mengambil gambar Afifah dan suaminya di dalam bilik berkenaan sehingga berlaku pergelutan sehingga menyebabkan Bella cedera di muka dan kaki. 


Sumber: MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vbaMdJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.