Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akhirnya Hidup Normal Selepas 30 Tahun Menderita - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akhirnya Hidup Normal Selepas 30 Tahun Menderita



AKHIRNYA, Eng Kheng boleh hidup seperti insan normal yang lain. Jika tidak dia bukan sahaja tidak dapat menutup mulut akibat tumor yang dihidapinya malah menjadi bahan ejekan ramai di kampungnya di Cham, Kemboja.

Dengan bantuan doktor dari Australia, penyakit yang dialami Eng sejak 30 tahun lalu berjaya dipulihkan.

Doktor yang membedahnya adalah Dr Andrew Cheng, yang mengetahui keadaan Eng itu selepas dia bertugas untuk badan kebajikan di Kembojay.

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti ini dan saya rasa sesiapa di dunia ini juga tidak pernah melihat penyakit sebesar ini,’’ kata Dr. Cheng.

Beliau kemudiannya membawa doktor pakar dari Australia dan mereka mula melakukan imbasan ke atas Eng. Penyakit yang dialami Eng itu dikenali sebagai Gingival Hyperplasia di mana hanya satu daripada 750,000 orang yang dikesan menghidapnya.

Disebabkan penyakit itu, Eng tidak boleh menelan makanan pejal, hanya cecair sahaja.

Dr. Cheng mula-mula menjalankan pembedahan ke atas adik Eng terlebih dahulu yang mengalami penyakit yang sama, namun tidak seteruk Eng.

Pembedahan itu dijalankan di Kemboja kerana mereka mahu mengajar doktor tempatan mengenai prosedur terbabit.

Tidak lama kemudian, Eng pula menjalani pembedahan dan ia berjalan dengan lancar. Sebaik sembuh, ramai yang tidak mengenali wajah Eng yang sebenarnya.

Eng kini boleh menikmati makan pejal tanpa perlu menelannya seperti `burung’. – MYNEWSHUB.CC


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vEgzJo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.