Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apakah peristiwa Memali? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apakah peristiwa Memali?

WARTAWAN SINAR HARIAN -  15 OGOS 2017
MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui apakah tragedi Memali yang pernah menggemparkan negara sebelum ini, apatah lagi, ia kini turut menjadi punca kekecohan di sebuah forum melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Forum Nothing to Hide 2.0 kecoh apabila adegan membaling kerusi, suar dan botol air di dewan ketika Mahathir menjawab soalan peserta di dalam program tersebut.


Kekecohan tercetus ketika seorang peserta mengajukan soalan kepada Mahathir mengenai peristiwa Memali yang berlaku ketika zaman pemerintahannya beliau.

Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan Mahathir membuatkan ada peserta yang bertindak sedemikian rupa sehingga program terpaksa ditamatkan awal.

Mahathir sebelum ini juga memperjelaskan isu tersebut di dalam blognya mempertahankan tindakan pihak polis ketika itu.


Tragedi itu berlaku tanggal 19 November 1985 di sebuah kampung bernama Memali di Baling, Kedah dan telah mengorbankan 18 orang termasuklah empat anggota polis semasa pertempuran antara kedua-dua pihak berlaku, berpuluh yang lain cedera dan ratusan orang khususnya penduduk kampung ditahan.

Punca pertempuran didakwa berpunca daripada tindakan polis mahu menahan seorang penceramah bebas, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya dalam satu operasi yang digelar Operasi Angkara kerana dituduh mengancam keselamatan negara.

Timbalan Perdana Menteri ketika itu yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Tun Musa Hitam didakwa bertanggungjawab terhadap operasi tersebut.

Keengganan penduduk kampung menyerahkan Ibrahim Libya, menyebabkan satu pertembungan antara kedua-dua pihak sebelum penceramah itu ditembak mati.

Kesemua mereka yang meninggal dunia dikebumikan dalam satu liang lahad serta dikendalikan sebagai orang yang syahid.

Tragedi itu kekal menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

Sementara itu, Musa Hitam dalam sebuah rancangan bual bicara, Obviously Harith Iskander (OHI) menafikannya.

Beliau berkata penat menanggung beban sejarah menjadi kambing hitam dalam peristiwa tersebut.


Katanya, beliau dipersalahkan dan dijadikan individu yang bertanggungjawab ke atas peristiwa berdarah berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan, tragedi malang itu menjadi titik tolak kepada parti Islam itu untuk konsisten tidak akan menyertai parti pemerintah kerana kes itu tidak diadili di mahkamah, malah keluarga mangsa tidak mendapat pembelaan.



✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wduuGH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.