Hi! Welcome Back and Stay Tune! Armaggeddon Memperkenalkan Siri Aksesori Gaming Terbaru Di Acara Leapfrog Megatrends 2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Armaggeddon Memperkenalkan Siri Aksesori Gaming Terbaru Di Acara Leapfrog Megatrends 2017

Armaggeddon merupakan sebuah jenama aksesori permainan komputer yang dikenali oleh ramai penggemar PC untuk peranti komputer mereka yang murah dan dikhususkan untuk mereka yang sering bermain permainan komputer.

Di acara Leapfrog Megatrends yang berlangsung di Bali, Armaggeddon mengumumkan beberapa siri aksesori baru untuk golongan gamers, termasuklah tetikus, papan kekunci, fon kepala, dan juga perkakasan komputer.

Siri yang pertama merupakan siri fon kepala Armaggeddon Nuke. Siri ini terdiri daripada fon kepala Nuke 3, Nuke 5 dan Nuke 9, dan ketiga-tiga daripadanya merupakan fon kepala dengan sokongan audio 7.1 Surround Sound, dimana bunyi daripada tujuh arah dapat diketengahkan apabila menggunakan fon-fon kepala ini.

Kesemua fon-fon kepala ini menggunakan driver audio sebesar 50mm, manakala cangkerang penutup telinganya pula hadir dengan sistem pencahayaan LED yang membuatkannya kelihatan cukup menarik dan juga agresif. Setiap model hadir dengan saiz cangkerang penutup telinga yang berbeza, dan juga reka-bentuk yang berlainan untuk citarasa berbeza para pengguna.

Siri yang berikutnya pula adalah siri papan kekunci Armaggeddon, termasuklah Armaggeddon MKA-7C PsychEagle, MKA-3C PsychFalcon, Armaggeddon AK-666 Kalashnikov dan juga Armaggeddon AK-999 Kalashnikov. Selain daripada perbezaan rekabentuk, kesemua papan-papan kekunci gaming ini hadir dengan sistem pencahayaan warna LED yang boleh diubah modnya.

Selain dari itu, papan kekunci siri MKA dan juga Kalashnikov ini juga menggunakan suis kekunci yang berbeza. Papan kekunci siri Kalashnikov menggunakan suis membrane yang dibina khusus untuk Armaggeddon, manakala papan kekunci siri MKA pula menggunakan suis mekanikal Outemu berwarna biru.

Papan kekunci siri MKA ini cukup menarik kerana suis Outemu yang digunakan juga merupakan suis yang modular, dan ini bermakna bahawa pengguna papan kekunci ini boleh menukar suis tersebut ke suis yang berlainan apabila pihak Armaggeddon melancarkannya kelak.

Melengkapkan siri papan kekunci yang baru ini ialah siri tetikus Armaggeddon Textron Scorpion yang dibina khusus untuk gamer-gamer tegar. Siri tetikus ini terdiri daripada model Armaggeddon Textron Scorpion 3, 5 dan 7 yang mempunyai rekaan dan ciri-ciri yang berbeza.

Kesemua tetikus ini hadir dengan ciri sistem pencahayaan RGB LED, dan tidak memerlukan sebarang perisian untuk mengubah sistem pencahayaannya, jadi ia boleh digunakan dengan cukup mudah sekali.

Pada satu masa dahulu, syarikat Armaggeddon juga ada mempunyai sistem penyejukan CPU cecair mereka sendiri. Pada waktu itu, menggunakan sistem ini cukup kompleks, jadi mereka menghentikan jualan produk tersebut di kebanyakan pasaran serantau.

Terkini, mereka nampaknya akan kembali menjual sistem penyejukan cecair, tetapi dengan sedikit perbezaan. Mereka baru sahaja hadir dengan sebuah prototaip penyejuk AIO, dan menurut jurucakap syarikat tersebut, ini bukanlah kali pertama mereka hadir dengan aksesori seperti ini. Akan tetapi, kerana permintaan untuk penyejuk-penyejuk CPU seperti ini kian meningkat, ada kemungkinan syarikat Leapfrog akan memasuki pasaran ini juga di masa akan datang.

Melalui jenama Armaggeddon, dan peranti-peranti yang ditunjukkan di acara Leapfrog Megatrends, syarikat Leapfrog dilihat mahu menakluki pasaran gamer dengan perkakasan-perkakasan permainan komputer dengan produk yang bukan sahaja berkualiti, tetapi juga pada harga mampu milik. Peranti-peranti Armaggeddon yang diumumkan di acara ini dikatakan akan hadir pada bulan Ogos dan September.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vFRSgh

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.