Hi! Welcome Back and Stay Tune! Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran) - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran)

loading…

Kecoh minggu ni pasal seorang artis bakal muflis sebab hutang LHDN RM300k. Ramai tertanya2 berapa income dia.

Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran)
Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran)

Jawapan dia net taxable income dia lepas tolak segala mak nenek pelepasan cukai ialah RM1.07 juta (28% maximum tax rate). TETAPI, kalau sampai stage muflis ni, rasanya tu dah termasuk penalti tu. Gila kau sebulan bayar lewat pun penalti 10% woo! 1f631.png

ARTIKEL MENARIK: Shaheizy Sam tak tahu dapat notis bankrap? Apa cerita ni?

loading…
Andaian saya itu kalau personal tax lah. Kalau under SDN BHD mungkin lebih rendah. Anyway, mai saya nak citer sikit pasal beberapa benda yg anda mungkin tak tahu. 1f608.png
.
“GILE KENCANG INCOME SAM!” 1f631.png
.
Kencang laa, sbb tu anak muda skrg semua nak jadi artis & instafeymes. Kawan saya dulu berlakon pak pacak pun RM25k dia dapat. Hero citer tu dapat RM120k.
.
Jadi duta lagi masyukkkk. Keje marketing dulu boss saya citer pernah nak propose kat Lisa RM200k jadi duta. Kes mahkamah Vanida punya payment RM400k+ jadi duta RonaSutra. Kalau artis tu lagi popular mcm Ayda Jebat & Datuk Siti Nurhaliza lagi kencang maa. Oh ya jgn lupa dulu zaman Mawi feymes dia collect lebih RM2 juta sbg duta macam2. 1f60e.png
.
“KEJAM GILER LHDN SAMPAI 28% DIA CEKAU!” 1f621.png
.
Ini semua undang2 yg dah ditetapkan. Akta Cukai Pendapatan pun tahun 1967 kot. Semua rakyat berpendapatan kena bayar income tax. Lagi banyak income, lagi banyak tax. Takde income, takdelah tax (tapi camne nak hidup? Hahaha 1f608.png caranya ialah hidup dgn tax-free income spt dividen ASB @ Tabung Haji).
Shaheizy%2BSam%2BHutang%2BRM300K%2BDenga
Anda dicukai bila income anda layak dicukai sahaja. Secara mudahnya, income sebulan bawah RM3000 tak perlu bayar cukai. Kalau kena tax 28%, anda masih ada 72% lagi bahagian anda. Tak lah teruk sangat kan? Sbb di sesetengah negara maju ada yg sampai 45%!
.
Ya ya ya and they will say “TAPI KERAJAAN MEREKA TAKDE RASUAH, KEBAJIKAN & KESEJAHTERAAN RAKYAT MEREKA TERJAGA. PUBLIC TRANSPORT MEREKA CEKAP & MENYELURUH. BUKAN MACAM KERA-JAAN KITA! SONGLAP 50 JUTA CASH SIMPAN DALAM ALMARI PUN BOLEH MASUK KERJA BALIK!” Ok, saya faham. Tapi tu lain kali lah kita cerita yer 1f605.png now back to topic.
.
Anda dicukai atas taxable income sahaja. Kalau bisnes, lepas tolak semua kos2 yg dibenarkan. Kalau personal tax, lepas tolak pelepasan. NET INCOME sahaja yg dicukai, itupun max 28%. Anda sepatutnya ada baki selebihnya utk hidup. Faham?
.
Kesedaran tentang income tax ni sangat2 rendah di kalangan masyarakat. Saya graduate accounting, so saya tahu benda ni MESTI KENA TAHU. kalau anda bukan background accounting mungkin anda pun tak tahu yg benda ni kena buat. Ia sebahagian daripada ilmu kehidupan yg anda kena ada, sama seperti ilmu parenting or driving.
.
Pada usia saya awal 30-an ni, majoriti kawan saya tak pernah amik tau pun pasal taxation. Tax filing pun tak pernah buat padahal dah bertahun2 kerja / berniaga 1f631.png kalau LHDN dapat memang senakkk nak bayar tax. Kalau tak kena tax pun, mungkin kena penalti.
.
Che Ta pernah kena tahan masa nak pergi overseas sebab tak bayar tax kan? It always happens to business owners. Keluar media sana sini income sebulan 20-30k, sampai 100k pun ada. Dapat duit, joli semua pergi melancong, beli kereta baru, renovate rumah dsb (yg tak boleh tolak cukai pun). Duit utk bayar tax tak set aside. Koman2 30% dari net income kena tolak tepi utk tax + zakat + GST. 1f631.png
.
Saya tahu ramai je kira tax main hentam. Banyak lari sana sini. Renovate rumah dia tolak, pergi umrah dia tolak, semua benda habis nak ditolak. Mana boleh gitu. It must be “wholly & exclusively” for business. Semoga mereka semua yg buat begitu hasil tunjuk ajar “mentor” selamat hendaknya. 1f608.png
.
“APA AKIBATNYA BILA BENDA NI RAMAI TAK BAYAR TAX OR BAYAR TAX KURANG DARI SEPATUTNYA?” 1f914.png
.
3 huruf saja lor, GST. GST adalah usaha utk mencukai SEMUA ORANG. so income anda banyak atau sikit, anda tak boleh lari dari membayar GST. Peniaga (macam saya, sigh 1f613.png) pun tak dapat lari dari jadi “pengutip GST” 1f62d.png Now GST kena bayar, income tax pun kena bayar. Semua org tak dapat lari lagi 1f608.png Semoga negara kita bertambah maju hendaknya lepas ni 1f60f.png1f609.pngKesian pada golongan makan gaji sbb mereka jadi mangsa, tak pasal2 kena caj extra 6% kan. Peniaga jadi “tukang kutip GST” je. 1f614.png
.
“TERUK SANGAT KE KALAU MUFLIS NIH?” 1f914.png
.
Teruk lah. Antara impaknya ialah anda tidak boleh memiliki aset, tak boleh ada akaun bank dan tidak boleh ke luar negara. Kalau ada rumah, kena jual rumah tu. Ada akaun bank, bank akan tutup akaun kita secara paksa. Dah book flight gi honeymoon overseas? Burn je lah. Semua aset akan dicairkan utk bayar pihak yg kita hutang. 1f631.png
.
Hutang > RM30k boleh declare bankruptcy. Kalau ada org hutang anda lebih RM30k, pergilah file for muflis. Biar padan muka dia. 1f608.png Tapi hutang betul2 yg ada dokumen ye. Hutang kena sontot or join skim ponzi tak boleh lah. 1f605.png
.
“SAM KATA DIA TAK TAHU MENAHU PUN PASAL NI” 1f61b.png
.
Hahaha. Semua jabatan kerajaan ni ada connection. Anda beli rumah, beli kereta, duit dalam akaun ada berapa banyak, tu semua diorang boleh tahu. Nak detect anda duduk mana bukan susah pun apatah lagi jika anda org terkenal. Saya ni ha dapat SMS, dapat surat, dapat email dll dari LHDN bila bab cukai. Camne plak boleh kata tak tahu menahu? Come onnnn. The government knows everything, and can haunt you down. Dont forget that. They can & will inform u in all sorts of communication 1f608.png
.
PENUTUP
.
Panjang dah cerita ni. Sebagai penutup, saya sampaikan pesanan ejen cukai saya lah iaitu “biar kita ikut undang2, supaya malam boleh tidur lena. Kita elak itu ini nak enjoy hidup pun tak tenang”.
.
LHDN makin agresif. Negara nak pakai banyak duit nih. Baru semalam kuar TV nak buat ECRL pulokkk 1f602.png1f602.png1f602.pngThey’re just doing their job, so you just play by the rules lah. 1f60e.png
.
Anda bukannya PM yg boleh ubah undang2 negara or hapuskan income tax. Have to live with it lah. Tapi, belajarlah “kurangkan tax”, dan bukannya “elakkan tax”. Tak paham apa2 pasal tax? Cari la member2 background accounting @ hire tax agent. Bersepah ada kat Malaysia ni. Caj pun tak mahal sangat. 1f44d_1f3fb.png1f44c_1f3fb.png
.
LHDN ni time kutip tax, semua nak cepat. Lewat je kena penalti. Time refund, lebih sebulan tak dapat lagi. Rupanya saya kena audit. Haha. Tapi ejen saya power. Tak dapat surat lagi dia dah suruh saya “attack” dulu. 3 hari settle dapat RM62k 1f60f.png Alhamdulillah 263a.png
.
Pepatah Presiden lama US, 2 benda adalah pasti iaitu MATI & CUKAI 1f602.pngtapi kat Malaysia ada tax-free income, cthnya dividen ASB, Tabung Haji & jual hartanah lepas tempoh RPGT (5 tahun dari tarikh SNP). Apapun, anda tak boleh elak dari terlibat dengan cukai. Stop being ignorant, start learning about taxation. Orait? 1f609.png
.
Silakan SHARE & TAG info2 ni dgn rakan2 ya.  1f60a.png270c_1f3fb.png
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
.
P/S: Maaf tak dapat tag ejen saya tu sbb beliau baru saja kemalangan & sibuk dgn kerja MNC beliau. Next time orait 1f44c_1f3fb.png
________________________________________________________
Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:
loading…

The post Berapa INCOME Shaheizy Sam Ni Hah? (Citer Ni Panjang Tapi Banyak Pengajaran) appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vrZaD1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.