Hi! Welcome Back and Stay Tune! Caranya D.I.Y 'Play Dough' Bersama Anak-Anak, Lepas Ni Tak Payah Nak Beli Dah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Caranya D.I.Y 'Play Dough' Bersama Anak-Anak, Lepas Ni Tak Payah Nak Beli Dah..


DIY Play Dough

Perkongsian daripada Encik Amir Syahir. Korang mesti tahu permainan play dough atau dipanggil doh mainan kan? Kalau dulu, kita selalu guna tanah liat atau nama lainnya plastisin.

Banyak kebaikan bermain play dough untuk kanak-kanak. Antaranya meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Boleh mengasah daya kreatif anak-anak. Boleh juga ajar anak-anak kenal huruf guna benda ni.


Sekaligus dapat tingkatkan kemahiran sosial, daya imaginatif dan kemampuan berbahasa. Yang paling penting dijamin selamat. Kalau anak korang termakan ke, tidak memudaratkan.

Sekarang ni aku cuba bagi doh Amsyar pegang pun bukan main suka Amsyar. Siap tarik-tarik doh tu. Salah satu yang menarik minatnya mungkin kerana warna doh yang berwarna-warni.

Untuk menjamin keselamatan anak-anak, lagi elok kalau korang buat play dough sendiri. Tidak memerlukan modal yang banyak. Cara buat pun senang.

Yang buat ni isteri gua untuk dia ajar dekat sekolah dia. Isteri gua ajar Pendidikan Khas. Dalam subjek Kemahiran Manipulatif. Bab ni memang dia terer. Dia mengajar anak-anak istimewa yang sangat memerlukan bimbingan untuk perkembangan psikomotor mereka.


Semudah ABC! Boleh follow tutorial yang aku kongsikan ni. Baca penerangan pada setiap gambar dekat bawah.

Langkah-langkah :

1. Gaulkan semua bahan.

2. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat.

3. Angkat adunan dan sejukkan.

4. Uli sehingga sebati.


5. Simpan dalam bekas tertutup seperti plastik kedap udara. Lepas main, simpan dalam peti sejuk di bahagian chiller. Supaya tahan lebih lama.


Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.

1. Bahan-bahan:


✔Satu Mangkuk Tepung Gandum 
✔Dua Sudu Besar Minyak Masak
✔Satu Sudu Kecil Garam
✔Satu Sudu Besar Krim Tartar
✔Satu Cawan Air
✔Sedikit Pewarna

2. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. 



Jika nak buat warna merah. Masukkan perwarna berwarna merah

3. Masak atas api yang kecil. Kacau sehingga masak. 




Nak tahu dah masak? Adunan dah pekat. Kalau boleh gunakan periuk yang tidak melekat. Tujuan masak doh ni supaya doh tahan lebih lama.

4. Angkat adunan dan sejukkan. Uli sehingga sebati. 



Kalau lepas uli tu rasa doh lembik, tambah tepung lagi dan terus uli.


Hasil karya anak-anak istimewa.

Hasil karya anak-anak istimewa
Aku tengok harga play dough yang berkualiti sikit ni dekat RM17.


Selamat mencuba gais. Nak hidup jimat, kena usahalah sikit, kan. Dah jimat tak perlu beli dah. Jimat RM17 sangat bernilai tau hari ni. Kau apa tau. Kah!

SHARE l TAG isteri korang. Moga manfaat.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wDou7Z

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.