Inilah Cara Mereka Mendidik Anak Yang Wajib Kita Contohi
Antara cabaran besar yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak mereka adalah kemajuan teknologi maklumat dan internet. Tidak dinafikan, pelbagai jenis telefon pintar, tablet dan komputer riba membanjiri pasaran secara terbuka. Malah, di Malaysia, capaian internet adalah antara yang terbaik di seluruh dunia.
Justeru, memang satu perkara yang cukup mencabar apabila mahu mengawal pergerakan anak-anak apabila mereka mula mengenali dan melayari internet, khususnya melalui gajet-gajet pintar. Hari ini, bukan satu perkara yang menghairankan apabila pada usia seawal 6 tahun, kanak-kanak di Malaysia sudah terdedah dengan gajet yang diberi oleh ibu bapa masing-masing.
Alasan yang diberikan adalah memudahkan kedua ibu bapa mengawa pergerakan anak-anak di samping dapat menyuruh mereka ini duduk setempat. Persoalannya, adakah langkah ini cukup bijak? Mari kita lihat 4 nama bilionair mendidik anak-anak masing-masing menggunanakan gajet pintar dan melayari internet.
1. Steve Jobs (Pengasas jenama Apple Inc.)
Siapa yang tidak mengenali Steve Jobs? Dia merupakan pengasas bagi jenama Apple Inc. yang menjadi kegilaan seluruh dunia dengan kecanggihan teknologi telefon pintar dan juga tablet. Tetapi tahukah anda bahawa Steve Jobs melarang keras kesemua anak-anaknya menggunakan apa jua gajet semasa hari biasa?
Dia hanya membenarkan anak-anaknya menggunakan gajet yang dilengkapi internet berkelajuan tinggi hanya pada hujung minggu. Itupun ada had masa yang dibenarkan. Menurutnya, dia mahu memastikan anak-anaknya belajar tanpa gangguan gajet malah untuk membuat sebarang rujukan pembelajaran, dia lebih suka kesemua anak-anaknya mengunjungi perpustakaan.
2. Jack Ma (Pengasas Rangkaian Perniagaan Online Alibaba)
Dia membina kekayaan berbilion-bilion Dolar Amerika hanya melalui applikasi internet. Tetapi tahukah anda, Jack Ma hanya membenarkan anak-anaknya menyentuh telefon pintar dan melayari internet hanya apabila usia mereka mencecah angka 14 tahun?
Inilah yang berlaku kerana Jack Ma percaya, internet dan gajet-gajet canggih yang ada pada hari ini akan membuatkan kanak-kanak gagal mencapai kemahiran dan sikap sebenar mereka. Malah, dia juga percaya sekiranya kanak-kanak didedahkan dengan gajet dan internet terlalu awal, dikhuatiri merkea akan mengalami masalah sukar bergaul dan bermasyarakat.
3. Bill Gates (Pengasas Microsoft)
Dia memegang carta orang paling kaya di dunia sejak berdekad-dekad yang lalu. Semuanya hanya penjualan produk Microsoft yang hari ini menjadi antara applikasi paling kerap digunakan di dunia. Namun begitu, seperti Jack Ma, dia hanya membenarkan anak-anaknya memegang gajet canggih pada usia 14 tahun dan tidak ada sebarang kompromi tentang perkara ini.
Itulah yang dilakukan oleh Bill Gates bagi memastikan anak-anaknya mencapai tahap kebolehan tersendiri di awal usia mereka. Walaupun kehidupan Bill Gates sekeluarga dikelilingi oleh kemudahan internet dan teknologi canggih, namun dia amat menitik beratkan cara konvensional dalam mendidik anak-anaknya.
4. Mark Zuckerberg (Pengasas Facebok)
Hari ini, dunia pasti akan berasa terlalu sunyi jika tidak mempunyai akaun Facebook. Hampir setiap seorang di seluruh dunia mempunyai applikasi media sosial ini yang dikatakan sebagai applikasi wajib ada di semua telefon-telefon, tablet dan komputer riba di seluruh dunia. Malah, Zuckerberg juga membina berbilion-bilion Dolar Amerika hanya kerana Facebook.
Namun tahukah anda bahawa Zuckerberg langsung tidak berminat membuka akaun Facebook untuk anak tunggalnya? Malah diberitakan, dia juga akan memastikan anaknya tidak memegang apa jua gajet canggih pada masa hadapan selagi anaknya belum mencecah umur 15 tahun. Siapa kata Facebook itu untuk semua orang?
Lihat bagaimana mereka mendidik anak masing-masing tentang penggunaan gajet canggih dan internet. Benar, internet akan memudahkan kita mencapai apa jua maklumat hanya dihujung jari. Tetapi pendedahan internet dan gajet yang melampau kepada anak-anak akan merencatkan cara mereka berfikir dan akan memusnahkan zaman indah kanak-kanak mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hSP35I
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment