Zakar Pemandu Uber Cuba Diramas Penumpang Gatal?
KUALA LUMPUR – Kisah pemandu Uber biadab melakukan jenayah serangan seksual terhadap pelanggan wanita pernah tular di seluruh dunia malah ada juga kes yang berlaku di Malaysia.
Namun lain pula kisah kali ini apabila seorang pemandu perkhidmatan e-hailing itu mendakwa dicabul oleh penumpangnya sendiri dalam kejadian di Lebuh Raya Maju Expressway Sdn. Bhd. (MEX), di sini pagi Sabtu.
Lebih parah, insiden pelik tersebut melibatkan Pengerusi Persatuan Pemandu Uber, Grabcar dan Zepp On, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail sendiri yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling di ibu negara.
Dalam kejadian pukul 9.58 pagi tersebut, mangsa yang berusia 41 tahun itu pada mulanya mengambil penumpang lelaki berkenaan dari Jalan Klang Lama untuk dihantar ke sebuah kondominium di Sri Petaling, dekat sini.
Bagaimanapun menurut Syed Rosli, ketika dalam perjalanan ke Endah Ria Condominium itu, penumpang tersebut tiba-tiba mengambil kesempatan apabila bertindak nekad dengan sengaja cuba memegang kemaluannya pula.
“Saya terkejut dan segera marah sebelum angkat tangannya, saya tanya apa dia buat tetapi lelaki itu cuma senyum. Bagaimanapun saya meneruskan pemanduan sehingga tiba ke kondominium berkenaan walaupun berasa takut.
“Setelah tiba, lelaki itu hanya keluar dari kenderaan saya tanpa berkata apa-apa. Dia tidak membayar tambang secara tunai kerana menggunakan transaksi kad kredit,” kata Syed Rosli yang dipetik pelbagai media hari ini.
Menurutnya, jenayah pencabulan dialaminya itu wajar ditangani serta menggesa pihak berkuasa mewujudkan sistem pendaftaran penumpang lebih sistematik demi keselamatan pemandu e-hailing seperti Uber dan Grabcar.
“Ia wajar kerana operator e-hailing tidak peduli terutama isu pendaftaran penumpang Grab dan Uber yang ketika ini hanya ambil syarat asas seperti e-mel dan nombor telefon sahaja tanpa perlu pengesahan identiti langsung.
“Kejadian pagi tadi terhadap diri saya sendiri selaku pemandu Uber amat membimbangkan apabila telah dicabul sendiri oleh seorang penumpang lelaki yang biadab selamba memegang kemaluan saya pula dengan sengaja.
“Jenayah ini boleh berlaku pada sesiapa dan di mana sahaja. Bukan semua penumpang e-hailing ini baik dan mereka juga bebas melakukan jenayah terhadap pemandu seperti samun bahkan mungkin ada yang membunuh.
“Bagaimana jika penumpang e-hailing ini buat jenayah pada pemandu jika tiada maklumat identiti sah, walhal kita tahu e-mel dan nombor telefon itu boleh dimanipulasi,” soalnya kepada Astro Awani. – Agensi/Mynewshub.cc
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wS1pxA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment