Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gurauan Meninggal Di Madinah Jadi Kenyataan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gurauan Meninggal Di Madinah Jadi Kenyataan

Gurauan Meninggal Di Madinah Jadi Kenyataan|Luahan hati jemaah haji Malaysia, Fatimah Zaharah Ghazalli, 53 itu cukup menyentuh perasaan sebaik mengenang semula peristiwa di Madinah sebelum Mohd. Ghazali Ab. Rahim, 53, suaminya meninggal dunia akibat serangan jangkitan paru-paru yang kuat (Septic Shock Secondary To Severe Pneumonia) pada 7.25 petang, 5 Ogos yang lalu.

Kata Fatimah, pada bulan Disember tahun lalu, dia bersama arwah suami dan tiga anaknya telah berada di Tanah Suci ini mengerjakan umrah dan masa itu arwah sentiasa bersama.

“Memang sebelum ini, saya mohon maaf pada suami semasa di Madinah. Memang kami bergurau di tanah air dan di Madinah, masing-masing hendak meninggal di sini (Tanah Suci) dan dalam masa yang sama arwah sakit. Kami datang ke sini memang ceria dan kawan-kawan tidak menjangka.

“Semasa di bawa ke klinik, suami masih lagi boleh berbual dan bila tiba di pusat rawatan di Madinah, tiba-tiba dia (suami) sesak nafas. Dia kehilangan denyutan nadi sekali, tetapi diberi bantuan segera dan denyutan itu kembali ada.

“Doktor memaklumkan keadaan suami begitu kritikal dan terus dibawa ke Hospital King Fahd Madinah dan saya pula di hantar ke maktab penginapan. Masa itulah suami saya meninggal dunia,” katanya dalam linangan air mata.

Wartawan Malaysia bersama Pengarah Operasi Media 1438 Hijrah, Mohamad Naser Jaafar yang menemuinya di maktab penginapan Hotel Azhar Al-Safa di sini menenangkan Fatimah untuk seketika.

Fatimah telah mendirikan rumahtangga bersama suaminya selama 28 tahun dan mempunyai tiga cahayamata begitu bersemangat dan tabah untuk meneruskan ibadah haji ini tanpa suami disisi.

“Saya terima takdir ini, saya berseorangan dan Alhamdullilah, Petugas Tabung Haji setiasa membantu. Saya berharap boleh melakukan ibadah yang sepatutnya tetapi saya terikat dengan beberapa peraturan selepas kematian suami.

“Mungkin ada yang lebih baik, Allah swt hendak tunjukkan kepada saya untuk mengingati diri, ingat pada Tuhan dan tingkatkan ibadah,” jelasnya pada waktu tertentu dikunjungi sepupunya yang menginap di maktab berdekatan.

Sementara itu, Pembimbing Ibadah Haji 1438 Hijrah, Siti Fauziah Dollah Hamdani memberitahu, wanita dalam idah ada beberapa larangan yang wajib patuh contohnya tidak boleh berhias, berpakaian menarik atau keluar membeli belah.

“Setakat ini Fatimah duduk beribadah dalam bilik dan turun ke surah maktab. Jika hendak ke masjid, Petugas Tabung Haji akan menemankannya. Untuk melakukan umrah keduanya, kami tidak izinkan.

“Ibadah haji, kami akan bawa untuk dia menyelesaikan semua urusan tersebut,” katanya.

 

The post Gurauan Meninggal Di Madinah Jadi Kenyataan appeared first on Eberita.org.



✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vYB4kW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.