Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tunggangan Semangat Patriotisme Rahim Yusof - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tunggangan Semangat Patriotisme Rahim Yusof


Kuching - Lebih 1,376 Kilometer (Km) Perjalanan Yang Sudah Ditempuhi Seorang Warga Emas Dengan Menaiki Sebuah Motosikal Dengan 90Cc Dari Sandakan, Sabah Hingga Sematan, Sarawak Baru-Baru Ini.

Bekas tentera, Rahim Yusof mendedahkan, kembara tersebut dapat diteruskan hasil bantuan Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sandakan yang telah mengutipkan dana kira-kira RM1,000 ditambah dengan sumbangan ahli keluarga, saudara mara dan anggota masyarakat.

Beliau mengakui dibantu oleh sebuah stesyen radio digital online tempatan dari Sabah, MycafeFM yang membantu membuat liputan setiap hari di radio itu malah dalam media sosial tentang keadaan dan pergerakan kembara itu.

“Saya bukan hendak mengambil nama atau pangkat, tapi bagi berkhidmat kepada negara melalui Kembara Jalur Gemilang ini.

“Saya mahu membangkitkan semangat kemerdekaan negara kita ini terutama kepada generasi muda kerana jika ia tidak diambil berat tidak mustahil akan pupus malah tak diraikan.

“Generasi muda khususnya perlu mengenang jasa pejuang dan pemimpin terdahulu serta datuk nenek kita agar mempertahankan kemerdekaan ini yang tidak datang secara bergolek,” katanya.

Berbekalkan hanya kira-kira RM2,000, beliau telah memulakan perjalanan pada 1 Ogos dan tiba di Kuching pada 9 Ogos sebelum ke Sematan kelmarin.

Motornya juga dihiasi dengan 14 jalur gemilang mewakili 13 negeri dan Wilayah Persekutuan bersama dua bendera besar Sabah dan Sarawak.

Meskipun pertama kali dalam hidupnya menjejak kaki di bumi kenyalang beliau tidak rasa keseorangan kerana keakraban dan layanan diberikan masyarakat di sini cukup baik di mana-mana tempat yang dilalui akan disapa malah diraikan dan dibantu tanpa dirancang tidak kira kaum, bangsa dan agama.

Dijangka hari ini, Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof akan membuat pelepasan (flag off) Kembara Jalur Gemilang di Plaza Astana bagi Rahim memulakan perjalanan pulang pada pukul 1.30 petang nanti. - UTUSAN ONLINE


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vOxAAS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.