Hi! Welcome Back and Stay Tune! Resepi Rahsia Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Untuk Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Resepi Rahsia Petani Thailand Guna Telur Dengan Air Kelapa Untuk Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat..



Seperti ramai kita tahu, teknologi negara jiran Thailand begitu maju ke depan berbanding dengan pertanian di negara kita, boleh dilihat dengan mesin-mesin yang digunakan di sana untuk pertanian, ada yang belum pun sampai ke negara kita tetapi sudah ada di sana.


Ada yang mengatakan petani di sana menggunakan banyak baja dan racun kimia, tetapi tahukah anda sebenarnya di sana ramai pertani telah bertukar kepada baja organik yang dihasilkan dengan bahan semula jadi yang hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad rahsia pekebun Thailand ini hasilkan hormon air kelapa dengan telur sebagai vitamin pokok cepat berbunga dan berbuah lebat.


Geram tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

Bahan-bahan:
  • 2 kg Kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2 kg Gula Perang
  • 1 biji Ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak Susu segar
  • 2 biji Air kelapa muda

Cara-cara:

1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering

2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas

3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali

4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur

6. Gunakan 10 ml pati bersama 20 Liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali



Menurut perkongsian portal Maetmut Garden, vitamin ini berperanan sebagai vitamin dan baja ssemula jadi sekaligus menggantikan penggunaan racun kimia.














✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxyfqA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


1 comment:

  1. Apa ni bagi maklumat salah kepada orang ramai berkenaan cara buat baja yg diatas

    ReplyDelete

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.