Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makin besarlah lubang hidung pemimpin PAS, bersoraklah para Wala'un - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makin besarlah lubang hidung pemimpin PAS, bersoraklah para Wala'un

Pas amalkan politik matang dalam isu 1MDB - PM Najib 
Vivi SumantiAstro Awani |  Ogos 12, 2017 15:49 MYT
Pas amalkan politik matang dalam isu 1MDB - PM Najib
Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini pagi ini. - Foto Bernama
MACHANG: Belum tiba masanya lagi untuk memikirkan mengenai kerjasama politik antara UMNO dan Pas, namun pada masa yang sama politik matang yang ditunjukkan Pas terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihargai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Pas tetap menjadi parti pembangkang konstruktif yang bersaing dengan UMNO dalam hal-hal tertentu namun dapat menjalinkan kerjasama apabila ia melibatkan kepentingan Islam dan rakyat.

Katanya Pas tidak menyerang sesuka hati dan mengamalkan konsep tabbayyun atau menyiasat kesahihan sesuatu isu sebelum membuat kesimpulan.
“Kita bersaing dengan Pas tetapi pimpinan Pas hari ini tidak macam dahulu. Pimpinan Pas hari ini lebih matang berpolitik, tolak kerjasama atau tahaluf siyasi dengan DAP.

“Mereka percaya kepada ta’awun iaitu kerjasama untuk kebaikan. Dan kita bekerjasama dalam banyak perkara, seperti dalam isu Rohingya dan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau (RUU 355).

“Dalam 1MDB, mereka (Pas) mengamalkan tabbayyun, mereka siasat dahulu, panggil Presiden 1MDB, Arul Kanda dengar penjelasan dan Presiden Pas kata mereka percaya pelan pemulihan 1MDB akan berjaya,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat & Pelancaran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Parlimen Machang di sini pagi ini.

Mengenai kerjasama politik antara Pas dan UMNO, PM Najib menjelaskan perkara itu belum ada kepastian.

Turut hadir di majlis yang dihadiri lebih 20,000 rakyat Kelantan, ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Ahmad Azlan Yakob dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vORzzo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.