Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Nak Belajar Kemahiran Atau Ilmu Baru Dengan Mudah Dan Cepat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Nak Belajar Kemahiran Atau Ilmu Baru Dengan Mudah Dan Cepat

Mempelajari kemahiran baru bukanlah perkara yang senang. Belajar itu sendiri adalah satu kemahiran yang anda kena bina mengikut peredaran masa.

Mungkin agak sukar untuk menangkap dengan cepat perkara atau memahami kemahiran baharu yang anda pelajari. Anda kena berusaha dalam jangka masa yang panjang untuk menguasainya.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menguasai sesuatu dengan mudah dan cepat.

#1-Mulakan Dengan Asas.

Salah satu cara yang anda boleh guna untuk mempelajari skil baharu adalah mengetahui bagaimana untuk bermula daripada asas.

Sebagai contohnya, katakan anda ingin mempelajari bahasa asing, matlamat anda adalah untuk mempelajari perkataan atau kosa kata yang paling mudah.

Mungkin belajar dan hafal perkataan melalui lagu dan nyanyian lebih mudah daripada membaca kamus, suratkhabar dan sebagainya.

Mungkin menonton movie lebih cepat untuk memahami perkataan berdasarkan situasi berbanding dengan mendengar radio.

Jika ada berkenalan dengan seseorang yang sama seperti anda dahulu, jangan lupa untuk bertanya bagaimana dia daripada fasa ‘beginner’ menjadi amatur dan seterusnya.

#2-Cakap Dengan Seseorang.

Jika anda kena mengingat sesuatu yang anda pelajari, sama ada muzik, bahasa, dan sebagainya. Adalah bagus sekiranya anda berkongsi dengan orang lain mengenai apa yang anda lakukan.

Anda boleh praktiskan apa yang anda belajar di hadapan mereka dan minta pendapat mereka. Kajian mendapati, daripada hanya membaca dan memerhati, kita akan lebih senang untuk ingat jika meluahkannya secara verbal.

Mungkin cara ini tidak sesuai untuk semua orang akan tetapi jika kemahiran yang anda pelajari itu tidak sesuai untuk diluahkan secara lisan, anda masih boleh melakukannya secara  verbal dengan mengajar orang lain.

Contohnya anda belajar ‘coding’ atau belajar ‘closing’, anda boleh cuba ajarkan kepada orang lain setiap kali anda habis belajar supaya mudah untuk ingat.  Paling tidak, anda boleh bercakap kepada diri anda sendiri semasa sedang membaca atau memandu.

#3-Tulis Pakai Nota.

Richard Branson sendiri akui yang menulis nota adalah cara terbaik dia menyelesaikan tugasannya.

Mungkin anda rasa jika kita guna komputer atau gajet untuk buat nota, itu adalah efisien. Tetapi ikut kajian, menulis nota cara manual akan bantu anda ingat dengan lebih lagi.

Dapatan kajian juga mendapati yang apabila kita terlalu bergantung kepada komputer, kita akan rasa lebih susah untuk mengingatnya kerana secara tidak sedar kita telah sandarkan ingatan kita kepada perkara lain bukan terhadap keupayaan diri kita sendiri.

#4-Ambil Rehat Yang Secukupnya.

Jika anda boleh buang masa untuk tangguhkan kerja bagi melayari internet, media sosial dan sebagainya. Bermakna kita ada masa yang secukupnya untuk berehat.

Untuk kekal produktif, kita harus dapatkan rehat yang cukup. Jadi, jangan terlalu tertekan untuk belajar perkara baharu dengan secepatnya.

Ambil masa untuk berehat dan tidur sebentar kalau boleh  untuk segarkan diri. Kalau dalam islam ada konsep Qailullah. Gunakan masa ini untuk jauhi segala gangguan yang tidak perlu dan kembali fokus selepas rehat.

Tidur sebentar dalam masa beberapa minit sebelum waktu Zohor dan kesannya sama seperti tidur beberapa jam. Selepas berehat tubuh dan minda anda akan lebih segar dan secara automatik akan lebih bersedia untuk menerima perkara baharu.

#5-Ulang Dan Ulang.

Sememangnya seperti hafalan, dengan mengulangi apa yang kita baca, dengar dan cakap maka kita akan menjadi cenderung untuk menjadi mahir.

Kenyataan ini memang tidak dapat dinafikan akan tetapi tidak semestinya berlaku seperti ini. Ada kemahiran yang memerlukan anda untuk mempraktikkannya dengan sendiri setiap hari.

Ini juga bergantung kepada bagaimana anda menetapkan matlamat anda untuk belajar. Sekuat mana dan sejauh mana?

#6-Cari Nilai Dalam Kehidupan.

Adalah sukar untuk mencari makna kepada nilai yang anda belajar jika ia adalah sesuatu yang anda tidak boleh guna dalam kehidupan seharian.

Contohnya, adalah belajar mengenai statistik, mungkin itu bukanlah kemahiran yang ramai orang akan hargai atau cakna.

Mungkin juga tidak boleh digunakan secara ‘direct’ untuk kegunaan hidup sehari-hari menyebabkan orang tidak faham akan kelebihan ilmu atau kemahiran yang anda ada.

Jadi, jangan mudah putus asa dengan tanggapan orang sebaliknya ikut minat anda. Sebab belajar kerana minat akan buatkan anda berusaha untuk memahirinya dengan bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa sebelum mencapainya.



Sumber Cara Nak Belajar Kemahiran Atau Ilmu Baru Dengan Mudah Dan Cepat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hzldmu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.