Dah Insaf Jadi Lesbian?
Meskipun sudah bertahun-tahun mengaku dirinya seorang lesbian, namun Kristen Stewart tidak menolak kemungkinan untuk kembali menjalin hubungan asmara dengan lelaki.
Hal itu dinyatakan sendiri aktres ini ketika ditemubual majalah Bazaar U.K untuk edisi September 2017.
Dalam majalah fesyen tersebut, bintang Twilight ini berkongsi mengenai kehidupan asmaranya. Sebelum menjalin hubungan dengan model Stella Maxwell, Stewart pernah berpacaran dengan dua aktor iaitu Michael Angarano dan Robert Pattinson.
Ketika ditanya apakah ia masih tertarik menjalin hubungan asmara dengan lelaki, dia menjawab, "Yah, pastinya,".
Pelakon berusia 27 tahu ini mengumpamakan seksualitinya seperti keju panggang.
Akui teraju utama filem "Personal Shopper" ini, dia terobsesi untuk mencuba sesuatu yang berza dalam hidupnya.
"Sesetengah orang tidak seperti itu. Ada yang tahu bahwa mereka suka keju panggang dan mereka akan memakannya setiap hari selama akhir hidup mereka," katanya.
"Saya ingin mencuba segalanya. Jika saya punya keju panggang, saya berkata 'Itu bagus tapi apa seterusnya'."
Mengimbas kembali perjalanan cintanya, Stewart pernah berasmara dengan pasangannya dalam filem "I'm Dying Up Here", Michael Anggaro selama 4 tahun. Selepas putus dengan Michael, Stewart menjalin hubungan dengan Pattinson namun mereka berpisah pada tahun 2013.
Tahun 2016, Stewart mengaku dirinya seorang lesbian dengan sedang menjalin hubungan intim dengan Alicia Cargile. Namun hubungan mereka hanya bertahan beberapa bulan saja.
Stewart kini sedang menjalin hubungan dengan model cantik, Stella Maxwell.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wl9jjm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment