Hi! Welcome Back and Stay Tune! Didiklah Anakmu Sesuai Dengan Zaman-nya, Kerana Dia Bukan Hidup di Zaman-mu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Didiklah Anakmu Sesuai Dengan Zaman-nya, Kerana Dia Bukan Hidup di Zaman-mu


Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengelap lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi

-Sedangkan si anak dara bersenang lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone
-Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai-cincai sebab terpaksa
-Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja-kerja perempuan?

Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa? Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" dari kecil.

-Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka
-Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka

Alasannya?

-"Kesian anak tu kecik lagi.."
-"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
-"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."

Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk menjadi "hamba" anak sampai ke tua.

Dah kahwin beranak pinak pun, bila balik kampung masih nak menyusahkan ibu dan ayah. Ini terjadi dalam dunia masa kini

Baju suami isteri, anak beranak pun ibu yang basuhkan

Makan suami isteri, anak beranak pun ibu yang masak

Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sejak dari kecil akan membuatkan mereka berasa kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara terpaksa. 

Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka dan yang akan menjadi hambanya ialah ibu bapa mereka. Sementara itu, si anak sedap bergoyang kaki.

Jadinya. pupuklah mereka sejak dari umur dua tahun secara perlahan-lahan dan bersesuaian dengan usia mereka. Bila dewasa kelak, mereka akan mampu berdikari.

-Usah terlalu kasihankan anak
-Jangan terlalu memanjakan anak
-Ajar mereka erti susah payah sejak kecil
-Ajar mereka tentang kerja rumah
-Ajar mereka erti kehidupan
-Pupuk kesedaran dalam diri mereka

Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan

Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik

Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut puaka mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.

Sumber: Ibu Bapa Prihatin


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlA4UM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.