Hi! Welcome Back and Stay Tune! Diselubung Dengan Selimut Kemudian Di Belasah Oleh 20 Orang Pelajar Senior.Dua Orang Pelajar Junior Cedera Parah .. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Diselubung Dengan Selimut Kemudian Di Belasah Oleh 20 Orang Pelajar Senior.Dua Orang Pelajar Junior Cedera Parah ..


TERENGGANU- Dua pelajar kolej vokasional di Kuala Nerus cedera selepas mendakwa diserang kira-kira 20 pelajar lain dalam kejadian di sekolah berkenaan pada awal pagi hari ini lapor Harian Metro.

Berikutan itu, seorang daripada pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik, Ahmad Zikrill Azim, 16, yang juga atlet boling Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan manakala rakannya, Wan Ahmad Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan.


Ahmad ZikrilI terpaksa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila pengsan ketika disoal siasat polis berkaitan kejadian itu selepas keluarganya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 3.30 petang tadi.

Dalam kejadian di asrama sekolah berkenaan kira-kira 1.30 pagi itu, Ahmad Zikrill yang sedang tidur tiba-tiba diselubung dengan selimut oleh kumpulan pelajar dipercayai senior sekolahnya sebelum dibelasah.

Mangsa hanya mampu meraung kesakitan dan pelajar lain yang melihat kejadian itu diarahkan supaya berdiam diri serta tidak campur tangan.


Kumpulan itu kemudiannya bertindak memukul Wan Ahmad Faris yang selepas pelajar berkenaan terjaga dari tidur berikutan bunyi bising.

Dua sahabat itu mendakwa bukan saja ditumbuk dan ditendang beramai-ramai dalam keadaan muka ditutup dengan selimut malah turut dihempap.

Wan Ahmad Faris ketika ditemui di HSNZ berkata, kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila pelajar senior terbabit mendakwa kedua-dua mangsa tidak mengikut kehendak mereka.


"Pada mulanya mereka hanya membelasah Ahmad Zikrill tetapi selepas terdengar bunyi bising, saya terus terjaga daripada tidur dan sebaik bangun didapati mereka sedang menutup muka Ahmad Zikril menggunakan selimut dan membelasahnya sehingga dia tidak bermaya.

"Apabila menyedari saya sudah terjaga, mereka turut membelasah saya hingga menyebabkan saya muntah dan tidak mampu untuk berdiri selain kecederaan di kaki serta belakang badan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya ada menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, kesemua yang terbabit dalam kejadin itu sudah dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Setakat ini, 15 orang pelajar yang terlibat di tahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kes buli di sekolah berkenaan pagi semalam.


Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Roszita Md Saad bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dijalankan.

Semua suspek berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis kira-kira 8 malam tadi selepas polis memanggil penjaga menyerahkan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vQedHn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.