Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Tiba Di Keningau
KENINGAU: "Konvoi kami selamat tiba di Pekan Keningau pada pukul 9 malam tadi," kata Ketua Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M, Nurasiman Simon.
Menurutnya, konvoi tersebut yang bermula dari Kuching telah melalui Brunei, Limbang, Lawas, Sepitang, Tenom dan Keningau.
"Perjalanan sejauh 583km dari Miri ke Keningau mengambil masa hampir 11 jam kerana terpaksa melalui beberapa pintu masuk dan keluar di sempadan Malaysia dan Brunei," ujarnya.
Seorang lagi peserta konvoi, George Marcella pula memberitahu, konvoi mereka turut melalui kawasan mendaki yang agak mencabar iaitu Bukit Layang-layang.
"Ketinggian mendaki bukit tersebut adalah bersamaan dengan tiga kali pendakian Bukit Begunan namun jalannya lebih mencabar kerana laluannya curam dan banyak selekoh," jelasnya.
Ujarnya, perjalanan hari ini dihidangkan dengan cabaran lasak di peringkat akhir perjalanan terutama keadaan jalan berbukit serta banyak selekoh tajam.
"Walau bagaimanapun, Yamaha E115M tetap memberikan pretasi enjin dan pengendalian terbaik tanpa sebarang masalah.
"Gabungan suspensi, brek dan enjin yang baik memberikan kami lebih keyakinan walaupun menunggang dalam keadaan yang gelap dan jalan yang kami tidak biasa," tambahnya.
Hari ini, konvoi akan bergerak menuju ke Tawau dengan jarak perjalanan sejauh 345km melalui jalan Kalabakan yang amat terkenal dengan pelbagai cabaran berisiko tinggi. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uIgMqY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment