Engku Emran, Laudya Cynthia Bella nikah pertengahan bulan depan
KUALA LUMPUR - Bekas suami pelakon Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal menamatkan zaman dudanya dengan pelakon dari Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada pertengahan bulan depan.
Memetik sumber daripada portal Utusan Online, pasangan tersebut akan disatukan dalam sebuah majlis akad nikah tertutup yang akan diadakan di ibu negara.
“Insya-Allah jika tiada aral melintang pertengahan September, mereka akan bernikah di Kuala Lumpur. Semua persiapan sedang diatur, lagipun majlis hanya kecil-kecilan sahaja," kata sumber tersebut kepada Utusan Online sebentar tadi.
Engku Emran dan Bella diperkenalkan antara satu sama lain oleh pasangan selebriti Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned sekitar Mac lalu.
Difahamkan Emran tertarik untuk menyunting Bella sebagai suri hatinya kerana wanita itu mempunyai ciri-ciri keperibadian menarik.
Dalam masa yang sama, Emran juga telah memperkenalkan bakal isterinya itu kepada anak perempuannya, Engku Aleeya, 8.
"Alhamdulillah, Aleesya sangat menyenangi Bella. Kedua-duanya cukup mesra," ujar sumber itu lagi. - K! ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ufdMmw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment