Gempar muncul ‘pari hantu’ 250kg, nelayan jual RM700
Penduduk di sekitar bandar ini digemparkan dengan penangkapan ikan pari “hantu” seberat 250 kilogram pada Jumaat lalu.
Ikan pari jenis ketuka yang tersangkut pada rawai nelayan Rusdi Endut, 54, dijual lebih RM700, lapor Sinar Harian.
“Dulu ikan pari seperti ini tiada harga, sekarang dah ada harga lagi-lagi kalau musim ikan kurang seperti sekarang,” katanya.
“Dapat ikan pari sebesar ini memang berbaloi.”
Beliau mengakui “sudah lama” tidak menangkap ikan seberat itu walau pernah mendapat ikan pari lebih besar daripada tangkapan terbarunya itu.
“Pernah hampir 10 [tahun] dulu saya pernah dapat lagi besar hingga tidak boleh hendak buat naik atas bot sebab besar sangat.
“Ikan itu pula yang tunda bot, jadi terpaksa lepaskan,” katanya, yang menyifatkan pari seberat 70 hingga 100 kg seekor sebagai tangkapan biasa. - MMO
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wOMYLi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment