Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Kekal Di Paras Tertinggi Dua Bulan Lepas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Kekal Di Paras Tertinggi Dua Bulan Lepas

Harga minyak mentah berada di paras tertinggi pada hari Isnin lepas berikutan para pelabur menyambut baik mesyuarat pengeluar minyak yang akan di adakan minggu depan, serta kemungkinan US akan mengenakan sekatan eksport minyak ke atas ahli OPEC, Venezuela selepas tamat pilihanraya di sana.

Harga kontrak minyak WTI (West Texas Intermediate) di New York Mercantile Exchange bagi bulan September meningkat 9 sen kepada $50.26 setong, manakala di London Intercontinental Exchange, kontrak minyak Brent bagi bulan Oktober meningkat 5 sen kepada $52.77 setong.

Ahli OPEC/non-OPEC akan bermesyuarat pada 7-9 Ogos bagi membincangkan bagaimana untuk meningkatakan peratusan terhadap syarat pematuhan (compliance) supaya pengeluaran minyak dapat di hadkan kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac 2018 nanti.

Berdasarkan laporan IEA awal bulan ini, pematuhan terhadap pengurangan pengeluaran minyak jatuh dan hanya mencapai 78% bagi bulan Jun.

Peningkatan harga minyak WTI turut terkesan selepas tekanan untuk tutup di bawah harga $42 tidak berjaya berikutan pengeluaran minyak US yang meningkat, di khuatiri akan menjejaskan usaha OPEC untuk membendung lebihan bekalan dalam pasaran dunia.

Walau bagaimanapun, bekalan minyak US masih bekurang selama empat minggu berturut-turut dan pengeluaran juga di lihat sedikit menurun di sebabkan hanya 10 pelantar di tambah pada bulan Julai, jumlah paling kecil sejak bulan Mei 2016.

The post Harga Minyak Kekal Di Paras Tertinggi Dua Bulan Lepas appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uSUHaM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.