Moto G5S Dan Moto G5S Plus Diperkenalkan – Menawarkan Sedikit Penambahan Berbanding Siri-G5
Lenovo Mobile agak aktif pada tahun ini. Selepas memperkenalkan Moto G5 dan Moto G5 Plus sebelum ini, hari ini mereka hadir dengan edisi khas untuk kedua-dua peranti ini dengan menamakannya sebagi Moto G5S dan juga Moto G5S Plus.
Moto G5S mengekalkan penggunaan cip Snapdragon 430 seperti sebelum ini, dan masih mengekalkan port pengecasan berasaskan mikro-USB sebelum ini. Apa pun, ia kini hadir dengan skrin 5.2-inci, dilengkapi kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan PDAF, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB dan bateri berkapasiti 3000mAh.
Moto G5S Plus pula masih menggunakan cip Snapdragon 625 dan bateri sama seperti Moto G5S, tetapi kini hadir dengan skrin 5.5-inci, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Menariknya, Moto G5S Plus juga turut hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian belakang.
Moto G5S dan Moto G5S Plus akan dipasarkan secara berperingkat mulai bulan ini. Ia tidak diketahui lagi sama ada akan dilancarkan di Malaysia atau sebaliknya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2veXWfj
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment