Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video: ‘Taranum Masuk Gaji’ Cuit Hati Netizen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video: ‘Taranum Masuk Gaji’ Cuit Hati Netizen

RAKAMAN video seorang lelaki ‘bertaranum’ selepas mengeluarkan wang di mesin juruwang automatik (ATM) mengundang gelak tawa di kalangan netizen yang menontonnya di laman sosial.

Menerusi perkongsian video di laman Facebook, pemuda yang dikenali sebagai Rocco Al Mubarak itu dilihat membuat pergerakan mulut seakan berdendangkan bacaan surah.

Namun hakikat sebenarnya adalah mengenai gaji bulanannya yang telah masuk ke dalam akaun bank.

“Syukran (syukur) pasal gaji sudah masuk, sudah lama tunggu sejak sebelum raya.

“Hampir-hampir ke Bank Rakyat untuk mohon ‘overlap’. Malam ini bawa bini makan sate Kajang,” katanya menerusi video berdurasi kira-kira seminit itu.

Video mencuit hati itu sehingga kini menerima perkongsian sebanyak 21,503 kali sejak dimuat naik pada Jumaat.

Di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen yang begitu terhibur dengan dendangan ‘taranum masuk gaji’-nya namun tidak ketinggalan segelintir yang menyifatkan ia seolah-olah mempersendakan bacaan al-Quran.

Menurut Rocco, dia sebenarnya hanya membuat pergerakan mulut berdasarkan taranum yang dilakukan individu lain dan tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Difahamkan, satu video susulan akan dimuat naik pada Selasa ini bagi mendedahkan pemilik suara bertaranum itu. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdR1TK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.