Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jiran Kutip Tahi Kucing Campak Atas Simen Rumah Mak, Curi Tanaman Mak, Kencing Atas Pokok Serai Mak." - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jiran Kutip Tahi Kucing Campak Atas Simen Rumah Mak, Curi Tanaman Mak, Kencing Atas Pokok Serai Mak."


Kami duduk di tanah lot terletak bersebelahan antara satu sama lain. Jiran sebelah, bekeluarga. Ada suami, isteri dan enam orang anak lelaki. Yang selalu mencari pasal, si suami.

Dia tak bertegur dengan keluarga kami. Sebab, semasa raya beberapa tahun lepas, mereka satu keluarga hantar kain pada mak untuk buat baju raya. Mak aku tukang jahit, terpaksa tolak sebab tak sempat nak buat. Tetapi mereka tinggalkan juga kain itu di rumah. Bila malam raya, mereka datang nak ambil baju tetapi mak kata masih belum dibuat lagi. Mereka pun marah dan sejak dari hari itu, mereka langsung tak bertegur dengan kami. Siap dicanang dan dihasut satu kampung agar jangan hantar kain pada mak, nanti tak siap.

Dulu, sebelum jiran aku tinggal di sini, mak selalu tanam pokok limau nipis, pisang, asam belimbing dengan serai di sempadan tanah kami. Mak bukan jenis yang kedekut, kalau ada jiran nak hasil pokok itu, ambillah. Janji jangan ambil semua sampai tuan empunya tak merasa langsung.

Tetapi jiran aku ini, kedekut tanah. Kalau daun pokok itu kering, gugur dan jatuh ke tanahnya, dia akan sapu dan buang balik ke tanah kami. Kalau ada dahan atau pelepah yang meceroboh tanah dia walaupun hanya 1mm, dia akan potong dan campak ke kaki lima rumah kami. Seolah-olah dia mengisytiharkan sebarang objek kami haram menceroboh ke tanah milikinya.

Tetapi aku musykil, dia selalu mengambil buah limau, belimbing, pisang dan serai kami. Mak langsung tak kisah, mungkin tanaman kami masuk ke sempadan tanah dia, mengganggu agaknya.

Di sempadan tanah, ada ditanam juga pokok rambutan di tanah dia. Tetapi kami tak pernah potong dahan atau campak semula daun-daun kering ke kawasan rumah dia. Sekarang, pokok itu mak aku dah tebang sebab isteri dia mengadu yang pokok pisang itu menghalang cahaya matahari tempat dia menyidai pakaian. Pokok limau dengan asam pula, suami dia semakin galak memotong dahan pokok. Dahan di kawasan tanah kami pun dia potong. Nak tegur tak boleh sebab dia buat kerja-kerja amal itu semasa kami tiada di rumah.

Bila pokok dah tak ada, suami dia buat hal lain pula. Dia suka menyelinap masuk ke kawasan rumah kami. Sudah beberapa kali aku ternampak dia mencuri bunga kantan, daun pandan, daun limau purut, daun kucai, daun kunyit dan banyak lagi tanaman di belakang rumah aku.

Memanglah mak tak kisah kalau orang nak ambil untuk kegunaan memasak tetapi nak ambil pun biarlah dengan cara yang sopan. Minta izin tuan empunya tanaman. Pokok itu bertuan, ada orang tanam, bukannya magik tumbuh sendiri. Ada orang siram, orang baja.

Ada sekali, masa nak raya, harga bunga kantan naik. Kalau tak silap, dekat RM10 sekuntum. Di belakang rumah ada lima kuntum. Masa dia ambil, dia ingat tiada orang di rumah. Lalu dia curi semua bunga kantan itu. Semua! Aku nampak masa dia tengah ambil bunga yang terakhir, aku buka pintu dapur dan tegur dia.

“Buat apa tu?!”

Cepat-cepat dia berjalan balik ke rumah dia.

Mak aku nak buat laksa, terpaksa beli bunga kantan di kedai. Aku pergi ke rumah dia, bagi salam tetapi mereka tak jawab. Memang menyakitkan hati.

Mak berniaga kepala parut. Di belakang rumah ada stok kelapa dalam bakul. Sudah dua kali aku ternampak dia mencuri kelapa itu. Masa dia nak curi buat kali ketiga, aku sergah dia. Dia terjatuhkan kelapa dan lari balik. Aku ingat dah taubat, rupa-rupanya petang itu dia cuba lagi. Aku terus keluar rumah dan bercekak pinggang tengok dia. Dia buat muka tak bersalah dan jalan balik. Aku terus angkat bakul kelapa itu dan simpan dalam rumah. Biarlah dapur sempit pun daripada nak ‘sedekah’ pada orang kaya. Kalau dengar dia bersembang, duit dalam bank ada berkepuk-kepuk.

Dulu dia kerja di ladang (dah pencen) selalu terjumpa kucing terbiar yang dibuang orang. Jadi dia selalu bawa balik kucing. Beberapa ekor daripada kucing dia selalu datang bersemayam di rumah aku. Mak bagi makan sebab kebajikan kucing-kucing di rumah jiran langsung tak terjaga. Suami bawa balik kucing, isteri dia pula bencikan kucing. Oleh kerana makan minum tak terjaga, lama kelamaan kucing dia pun pupus. Yang tinggal, cuma kucing dia yang sudah membiak di rumah aku. Jiran keliling rumah dia pun ramai yang bela kucing. Banyak kucing liar di kawasan ini. Selalu ada berlonggok-longgok tahi kucing di laman rumah dia.

Selalu aku perhatikan dari dalam rumah, dia suka kutip tahi kucing itu dan buang di pasu bunga mak. Tak cukup dengan itu, tanaman serai mak di tepi rumah pun menjadi mangsa. Bayangkan, masa nak ambil serai untuk masak, ada longgokkan tahi kucing di atas rumpun serai. Kadang-kadang dia campak di atas simen tepi rumah. Kononnya kucing yang membuang di situ. Yang kelakarnya, kalau kucing yang membuang di situ, mana datang pasir selonggok dengan tahi? Aku bukan nak menuduh, aku nampak dengan mata kepala aku sendiri macam mana dia sauk dan campak tahi kucing itu di kawasan rumah aku.

Belum campur kisah dia kencikan pokok serai tepi rumah. Berapa puluh kali dah aku nampak. Itu yang aku nampak, yang tak nampak? Rumah dia tak ada tandas ke sampai kencing merata? Parit ada kot? Perlu ke serai jiran yang menjadi mangsa? Pandai pula dia ambil serai yang ‘suci’ bila dia curi serai kami. Serai yang dikencingnya tak pernah pula dicuri.

Hari itu mak tanam pokok limau di belakang rumah, tak kacau pun tanah dia dan bukan di sempadan pun. Masa nak basuh pinggan, aku ternampak dia terbongkok-bongkok di pokok limau itu. Bila aku pergi jengok, dia beredar. Aku tengok ada tahi kucing keliling pokok dengan atas cabang dahan pokok. Panas hati dibuatnya. Tak boleh ke buang tahi itu dalam parit saja?

Masa aku tinggal seorang dalam rumah, bila ternampak dia keluar naik motosikal, aku sodok balik tahi itu dan campak ke pokok peria dia. Biar dia rasakan. Selama ini apa dia buat kami diamkan diri saja. Kali ini, aku dah tak boleh bersabar.

Kucing aku semua membuang dalam tandas, memang sudah diajar dari kecil. Alhamdulillah semuanya taat. Kalau ye pun kucing aku membuang di laman dia, kena pulangkan atas pokok juga ke? Letak di laman tu tak boleh? Paling teruk pun kami terpijak atau terlenyek dengan tayar saja.

Kalau aku nak ungkit, kucing ini berasal dari rumah dia juga. Anak-anak kucing ini asal keturunan dari kucing dia. Kucing-kucing ini langsung tak boleh pijak tanah dia. Habis dibaling dengan kayu dan batu. Pernah sekali ada anak kucing duduk menumpang ambil angin di tangga rumah dia, disepaknya sampai melambung. Demam seminggu anak kucing itu.

Aku harap sangat dia berubah, umur pun dah tua, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung pun ada. Janganlah buat perangai macam budak sekolah rendah. 

Kredit– IIUM Confessions


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vpirXd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.