Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yazid (Search) Semakin Uzur - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yazid (Search) Semakin Uzur

loading…
Yazid (Search) Semakin Uzur

Pemain dram kumpulan Search iaitu Yazid Ahmad menempuh nasib malang apabila hasratnya untuk pulang ke Kuala Lumpur dari Brunei gagal selepas dilarang menaiki pesawat kerana uzur.
Isterinya Ramlah Mat berkata, keadaan kesihatan suaminya itu merosot ketika mereka sedang menunggu pesawat untuk pulang  di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada Isnin selepas empat hari berada di negara itu.
“Kami berada di Brunei sejak Jumaat lalu berikutan suami saya ada undangan menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian.
“Pada awalnya kesihatannya baik tapi hari terakhir dia nampak penat dan mengalami sesak nafas dan semput sehingga tidak dibenarkan menaiki pesawat. Dia terus dibawa ke Hospital Ripas untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya kepada mStar Online.

Yazid kini semakin stabil namun masih dalam rawatan. FOTO: Facebook Brunei Dot Com

Tambah Ramlah, suaminya diberikan rawatan dialisis bagi membuang air pada paru-paru yang menyebabkan dia menjadi semput.
Bagaimanpun katanya, keadaan semakin stabil biarpun masih berada dalam keadaan lemah.
“Selepas melakukan rawatan dialisis semalam, tekanan darah dia semakin baik dari 180 kepada 108. Tapi dia masih lemah dan tidak boleh berjalan.
“Sepatutnya sudah boleh keluar hari ini tapi pihak hospital minta buat satu lagi dialisis kerana masih ada saki baki air di paru-paru yang perlu dikeluarkan.
“Biasanya sekali dialisis mengambil masa tiga jam, mungkin esok baru kami dibenarkan keluar dan pulang ke Malaysia,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ramlah turut berharap peminat dan orang ramai mendoakan kesihatan suaminya agar dapat kembali ke Malaysia segera.
Pada Julai 2015, Yazid pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah buah pinggang dan jantung.


kongsikan artikel ini

loading…

The post Yazid (Search) Semakin Uzur appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w1OERd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.