Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peranti Android Anda Kelak Akan Perlihatkan Kapasiti Bateri Peranti Bluetooth Yang Dihubungkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peranti Android Anda Kelak Akan Perlihatkan Kapasiti Bateri Peranti Bluetooth Yang Dihubungkan

Pada hari ini, terdapat sejumlah peranti berhubung yang dipautkan ke telefon pintar Android – termasuk seperti fon telinga, jam tangan pintar, dan sebagainya. Salah satu cabaran untuknya pada hari ini adalah untuk menyemak baki bateri pada sesuatu peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth berkenaan – dimana perlu menyemaknya satu per satu.

Kini, melalui versi Android akan datang, ia turut bakal menyertakan sokongan yang memperlihatkan paparan baki kapasiti bateri untuk peranti yang dihubungkan melalui Bluetooth.

Ciri seumpama ini telah tersedia pada beberapa peranti Android, tetapi kini Google memilih untuk mengintegrasikannya pada sistem operasi utama – sekaligus membawa ia kepada semua peranti Android akan datang.

Walaubagaimanapun, ciri ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum hadir, memandangkan versi Android O sudah menghampiri pelancaran rasmi – dan mungkin ciri ini akan hadir pada kemaskini akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2f4BFdx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.