Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda

ALOR GAJAH – “Saya ikhlas berkawan dan beri pinjamkan duit kerana kasihan dia tak ada duit untuk beli susu anak dan duit untuk anak buahnya menjalani pembedahan,” luah seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), Hidhir Hasan, 33, di Pengkalan Balak semalam.

 

 

"Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak" - Pemuda lumpuh ditipu janda

“Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda

 

Hidhir yang telah 14 tahun yang terlantar sakit kerana lumpuh seluruh badan akibat kemalangan jalan raya ketika umur 19 tahun, kesal dan kecewa ditipu individu yang dipanggil Amy setelah memberi pinjaman wang sebanyak RM1,650 kepada wanita yang juga mendakwa ibu tunggal kepada seorang anak berusia 6 bulan.

Menurutnya, sejak mengenali wanita berusia 24 tahun itu melalui aplikasi WhatsApp pada awal Mei lalu.

Wanita yang berasal dari Bachok Kelantan itu sering merayu untuk meminjam wang darinya dan memberi janji-janji manis untuk berkahwin serta sanggup menjaga dirinya yang sakit.

Katanya, dia akhirnya terpedaya setelah wanita berkenaan yang mendakwa bekerja di bahagian kargo Lapangan Terbang Senai, Johor datang ke rumahnya untuk meminjam wang sebanyak RM1,500 selain RM100 dan RM50 yang menggunakan transaksi bank.

“Bila dia sanggup datang ke rumah saya ingatkan dia benar ikhlas nak bersahabat dan tidak menipu malah lebih tiga kali dia pernah datang melawat saya di rumah.

“Malang bila saya minta wang semula seperti yang dijanjikan, dia bukan sahaja menggelak malah turut mencabar untuk saya membuat laporan polis kerana dia beritahu polis tak akan buat apa-apa,” katanya yang telah membuat laporan polis pada Julai lalu.

Dalam pada itu Hidhir menerima kunjungan Pengarah Pembela BN Melaka, Amir Hamzah Abd Aziz siang tadi.

Sumber: Sinar



Sumber “Saya ikhlas beri pinjam duit kerana kesian dia takda duit beli susu anak” – Pemuda lumpuh ditipu janda

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vj0KaK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.