Pasaran Minyak Mentah Stabil, Bulan Julai Tutup Dengan Peratus Kenaikan Tertinggi
Harga minyak kekal meningkat pada sesi ketujuh hari ini berikutan kestabilan pasaran minyak dunia mula kelihatan.
Kontrak minyak WTI bagi bulan September meningkat 10 sen atau 0.2% kepada $50.27 setong setakat jam 5.56 petang. Manakala minyak Brent bagi kontrak bulan Oktober pula kekal pada $52.72 setong.
Harga minyak tutup tinggi pada semua sesi semalam, menjadikan bulan Julai tutup dengan peratusan kenaikan terbesar selepas bulan April 2016.
Sentimen kenaikan harga berpunca oleh janji Arab Saudi dan Nigeria untuk menghadkan eksport dan pengeluaran minyak dalam negara.
Kenaikan turut di sokong dengan kekurangan bekalan minyak mentah US serta penurunan pada pengeluaran minyak di sana.
Laporan mingguan bekalan minyak mentah Amerika akan di keluarkan pada hari esok jam 10.30 malam. Pasaran menjangkakan pengurangan 7.2 juta tong sepanjang minggu lepas.
Para pelabur juga akan meneliti laporan mesyuarat OPEC/non-OPEC minggu depan. Perbincangan akan tertumpu kepada peratus syarat pematuhan yang telah di capai bagi bulan Julai di samping langkah-langkah yang bakal di ambil untuk meningkatkannya.
The post Pasaran Minyak Mentah Stabil, Bulan Julai Tutup Dengan Peratus Kenaikan Tertinggi appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vdW5XX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment