Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembangkang Hipokrit Pertahan Asal Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembangkang Hipokrit Pertahan Asal Mahathir

KUALA LUMPUR – “Tidak perlu sehingga berdemonstrasi di luar Parlimen kerana nama yang terpampang pada kad pengenalan bukannya perkara privasi”

Demikian sindiran Ketua Pemuda Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Shahir Adnan
keatas pemimpin pembangkang dalam isu nama sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau malah berpandangan, tidak sepatutnya seseorang itu termasuk Mahathir malu dengan namanya sendiri.

“Pimpinan Pakatan Harapan menyerang Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dek isu ini walhal merekalah terutama Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejek-ejek nama Tun Mahathir sejak 1998.

“Inilah yang dipanggil hipokrit,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shahir dalam pada itu membidas pemimpin pembangkang kerana merekalah yang sebenarnya membangkitkan isu perkauman dalam perihal nama sebenar Mahathir untuk dijadikan sebagai modal politik mereka.

“Mungkin niat asal Ahmad Zahid untuk menunjukkan parti Melayu UMNO pernah menyokong Mahathir sebagai Presiden parti walaupun bukan “Melayu tulen” pada fikirannya.

“Pimpinan dan golongan muda dari Pakatan Harapan telah menjadikan isu ini sebagai modal untuk menyerang Ahmad Zahid kerana mendedahkan maklumat privasi pengerusi mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda Ikatan menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu perkauman kerana rakyat sedar itu hanyalah sandiwara. -MYNEWSHUB.CC

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tVawfL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.