PMI Sektor Pembuatan UK Mengukuh Pada Julai
PMI sektor pembuatan UK mengukuh ke paras 55.1 pada Julai dari 54.2 sebelum ini. Bacaan kali ini melebihi jangkaan 54.4 dan merupakan kenaikan pertama sejak tiga bulan lalu.
Terdapat pertumbuhan kukuh dalam tempahan baru yang disokong oleh permintaan luar di mana tempahan eksport juga mengukuh sebagai paras kedua tertinggi setakat ini.
Pengeluaran juga merekod kenaikan 12 bulan berturut-turut walaupun bacaan kali ini adalah yang terendah sejak empat bulan lalu. Sektor pengguna mencatat kenaikan selepas jatuh sebelum ini di mana keyakinan secara keseluruhan pada tahun ini semakin kukuh.
Dalam komponen penghantaran, kenaikan dicatat sehingga capai paras tertinggi sejak Mei 2011 di mana halangan kapasiti terus memberi kesan negatif kepada pertumbuhan pengeluaran.
Pasaran pekerjaan kekal kukuh sebagai paras tertinggi dalam masa tiga tahun.
Tekanan terhadap kenaikan kos semakin berkurangan pada Julai apabila harga tenaga jatuh dan harga keluaran kini merekod kenaikan 15 bulan berturut-turut pada Julai.
Data terbaru ini dijangka tidak memberi kesan signifikan kepada polisi Bank of England (BoE) dengan laporan inflasi yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Namun, data kali ini boleh menyokong komen-komen hawkish oleh pembuat polisi dengan kecenderungan pengetatan.
GBPUSD dilihat mengukuh selepas data ini dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi, menambah lagu keuntungan matawang Sterling yang mengukuh sejak Isnin.
The post PMI Sektor Pembuatan UK Mengukuh Pada Julai appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hiURVQ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment