Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Minyak Menghampiri Paras Tertinggi 9 Minggu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Minyak Menghampiri Paras Tertinggi 9 Minggu Lalu

Harga minyak menghampiri paras tertinggi sembilan minggu lalu, meningkat di sebabkan oleh data pekerjaan US yang positif serta penggalian minyak yang berkurangan walaupun bekalan OPEC yang masih meningkat menghadkan keuntungan pada pasaran minyak.

Minyak brent yang menjadi tanda aras harga minyak dunia meningkat 5 sen atau 0.10 peratus kepada $52.37 setakat jam 10.30 pagi.

Minyak West Texas Intermediate (WTI) pula meningkat 6 sen, atau 0.12 peratus kepada $49.52

Kedua-dua harga minyak telah mencapai paras tertinggi sejak Mei tahun lepas berikutan pengeluar-pengeluar minyak OPEC berjanji akan mengurangkan pengeluaran kepada 1.8 juta tong sehari sehingga Mac tahun depan.

Walaupun bilangan pelantar minyak US berkurangan kepada 765, tetapi pengeluaran minyak masih meningkat kepada 9.43 juta tong sehari, paling tinggi sejak Ogos 2015.

Manakala eksport minyak mentah OPEC bagi bulan Julai yang di laporkan oleh jabatan penyelidikan minyak Thomson Reuters minggu lepas, meningkat ke aras tertinggi 26.11 juta tong sehari dan kebanyakkan datang daripada Nigeria.

Ahli-ahli jawatankuasa OPEC dan non-OPEC akan bermesyuarat di Abu Dhabi hari ini dan esok bagi membincangkan bagaimana untuk meningkatkan kadar patuh syarat terhadap had pengeluaran yang telah dijanjikan.

The post Harga Minyak Menghampiri Paras Tertinggi 9 Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vcuV1l

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.