“Ini bukan isu rumah tangga” – Hafiz Hamidun
“Ini bukan isu rumah tangga.”
Itu jawapan yang diberikan penyanyi Hafiz Hamidun ketika ditanya mengenai khabar angin yang mengatakan perkahwinanya dengan pengusaha kosmetik, Joy Revfa kini goyah.
Enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan jawapan itu, Hafiz dengan tegas memberitahu jangan kaitkan masalah yang dihadapinya ini dengan isu rumah tangga memandangkan perkara itu tidak berkaitan.
“Saya harap pihak di luar sana jangan terus buat konklusi mengenai apa yang berlaku. Ini bukan isu rumah tangga.
“Apa yang saya boleh kata, jangan buat anggapan dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.
Berjanji akan berkongsi apa yang berlaku sebenarnya sedikit masa lagi, kata Hafiz dalam waktu sekarang dia sedang menunggu waktu yang sesuai memandangkan perlu menyelesaikan beberapa perkara penting.
“Saya akan keluarkan kenyataan dalam waktu terdekat dalam menjelaskan isu sebenar. Tunggu sahaja.
“Kalau ada yang bertanya keadaan saya, jangan risau saya tidak pernah tertekan kerana saya cukup positif dengan apa yang berlaku,” katanya lagi.
Sementara itu sejak awal minggu ini media mula menghidu masalah rumah tangga pasangan ini apabila Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin, 30, memberi bayangan mengenai masalah rumah tangga mereka yang berusia tiga bulan menerusi kapsyen yang ditulis di laman Instagram miliknya.
Pasangan ini yang dinikahkan pada 1 Mei lalu mula membuat perancangan untuk berkahwin selepas 44 hari berkenalan.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber “Ini bukan isu rumah tangga” – Hafiz Hamidun
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wSoSyD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment